Obses dengan Zahiril ♥ Shera Ayob

Assalamualaikum.

Hello everyone. Hipotesis entri kali ni ialah semakin jeles semakin gila. Haha. Dan dan je nak ada hipotesis sekarang. Hehe. Takde ah. Tengah meroyan tengok  Zahiril & Shera Ayob sekarang. Ni gara-gara Kak Pah la ni. Terus stalk. Sekali pandang, terus jatuh cinta dengan mereka. Atin ada follow blog Zahiril.  Hebak jugak penulisan dia. Low profile. Untung ah wife dia. Dahla sweet. Sumpah rasa cemburu tengok mereka.


.
.
.
.
.
.
.
.



Puisi puitis Zahiril buat Shera Ayob

Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu,
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan,
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu,
Dan hari ni kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, 
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, 
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong.
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, 
memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan, bahaya, ancaman di mana-mana. 
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu, setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik, setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau bukan sahaka menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta'ala.

Isteriku, selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, 
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku,
Selamat menjadi keluargaku, selamat menjadi pelengkap hidupku,
Selamat menjadi separuh dari aku.


Walaweh, sape dop ketor pale gini! Berangan je la mampu sekarang ni. Semakin aku lihat pasangan manis macam gula ni, semakin banyak semut dalam hati aku! Haha. Ok baiii. :p

#Sobri, awak jadi 'harung aziz' pun dakpe. Ketor pale sokmo ite dengan awak. Haha. 

COPYRIGHT@WZFATINAIMANWZ