One Step Closer

Assalamualaikum. 

Haiiii. Teruknya perangai. Sebulan sekali update entry srkg ni. Memang masa sangat dengki dengan saya yang darah manis ni. Hihihi. Amboiiii, annoyingnya statement cik kak ni. Okay, biar gambar kat bawah ni cerita je la ye. 

















Moga tempoh 'lesen L' ini m'jaga jarak kita serta sabar menanti 'halal'. Ameen. :')


*Doakan kami cepat kahwin ye. Hehehe. <3




October Plans !

Assalamualaikum.

Hai hai. Lama gila menyepi. Niat dah rasa malas dah nak update ape2. Tapi Wafa pulak yang buat rasa rajin pulak nak update blog. Kite ada je, cuma tak update. Jadi halimunan sekejap.  Blog sendiri je malas nak update. Rasa takde benda penting pun nak update. Bila tak penting, takut nanti kang entri merepek pulak yang dapat dihasilkan. Macam sekarang ni la. Tengok, kan merepek ni. *gelak besar* . Lagi satu, hobi t'baru skrg duk usha blog bride to be pulak dah. Banyak info kat situ. Ada banyak boleh men-DIY pelbagai benda alah yang comel2. Buat sendiri je senang kan. Malas dengan rajin je. Tapi, tangan ni bukanlah kreatif sangat pun. Tapi nak kreatif, kena paksa tangan ni. Nak jimat pun, kena paksa jugak tangan ni. Haha. 

Okay, masa sekarang cepat je b'lalu. Sekejapnya rasa nak habis tahun 2012 dah. Nak masuk 2013 dah. Cepat sungguh. Kalau tak tunggu, rasa sekejap je. Cuba menanti hari yang dibilang, rasa lamanya nak sampai masa tu. Huii. Eh? Apa apa je la cik tin oi. Apa plan korang untuk tahun depan? Apa plan korang masa terdekat ni? Shareee la with me. Kite pulak, sibuk beno dengan october plans. Heee. Rasa banyak benda nak kena buat bulan 10 ni. Rasa rajin tetibe je. Hehe. Nak kena siapkan jugakkk. Apa benda la plan cik tin ni kan? Alaaaa, kite nak habiskan masa bulan 10 ni dengan DIY projects je. Hihihi. Antaranya ialah...............

1. Pinwheels.


Excited nak buat mende alah ni. Comel kot. Kite suka ah mende2 comel cmni. Simple pulak tu. Jimat pun jimat. Guna kertas A4/crepe paper je. Sebenarnya plan nak buat bulan lepas lagi, tapi malas. Jom la buat sama2. Nanti korang boleh letak dalam bilik. Make over sikit bilik tu dengan mende2 alah mcmni. Nak letak kat pelamin pun boleh. Eh? Ni pun kite ada suruh jugak kakak dengan one of my friend tolong buat sekali. Nanti boleh gabung2.  :p

2. Monogram/Hanging Letters


Comel kan? Eee, geram je nak buat ni. Boleh gantung tarikh ,nama dan sebagainya. Tak sabar nak buat ni. Ingat nak guna paper rope dengan recycled box. Create huruf sendiri then balut je paper rope tu dengan huruf. Heee. Jimat kan? Ni kite curi idea dari blog b2b diy project jugak. Kat SINI. Thanks Nana. Tangan makin gatal nak try semua benda dalam blog dia. Hehe.

3. Nest Lantern

Haaa, lawa kannnnnn? Ni mcm tanglung la. Ada yang buat dengan crepe paper. Tapi macam susah je nak try. Yang ni mcm nak try je. Takde susah sangat kot. Tengok tutorial from blog Nana tu jugak. Dalam kepala dah set nak buat warna pink,torquise dan hijau. Hihi. Yang ni guna paper rope jugak. Wrap sampai penuh satu bola angin tu. Tunggu sampai kering, buang angin bola tu. Then, jadi la bentuk macam bola tu. Hehe. Rasa senang tak? Heeee. 

Haaa, tu je la plan oktober ni. 3 benda alah ni. Harap semua menjadi la. Insyaallah. Nak tolong buatkan pun boleh. Nanti kite bagi alamat. Haha. Kalau ada link blog b2b yang lagi power men-DIY ni, share la with me okay. :)

*Gambar semua curi dari Google tau. :p


Finally..




Alhamdulillah, i'm official graduated. :')

*Macam2 perasaan ada masa ni. Campuran perasaan yang tak boleh nak detect. Thanks family, lecturers, teachers and friends. ♥

Whoaaa, 4kg !





Hasil 5 bulan kat Putrajaya ni. Berat saya naik 4kg! Saya t'kejut tengok penimbang tu. Ke penimbang rosak? Sebab saya yang jenis susah nak naik, nak turun. Tapi bila naik, mendadak la jugak. Tapi apa yang saya hairan, saya tak tahu naik tang mana. Rasa macam biasa je. Setengah duk tegur makin kurus la, makin sihat la. Tak tahu la saya. Yang penting, naik 4 kg! Susah nak naik mcmni. Alhamdulillah la, naik la byk mane pun. Saya sukaaaaaa. Hehe. Makin banyak naik, makin saya suka. Janji saya sihat walafiat. 

Bulan 5? Bulan kedewasaaan saya tahun ni. Cewahhh. Tak sabar pulak. Cuti sekolah tak lama lagi, saya nak balik Dungun. Rindu rindu. Bulan ni jugak ramai kawan saya sibuk mendirikan rumahtangga, ada yang nak b'salin, ada yang nak b'tunang. Tahniah semua. Saya akan menyusul tak lama lagi. Heee. Insyaallah. Semoga Allah permudahkan segalanya. Saya percaya perancangan Allah itu lebih baik. Perancangan manusia itu usaha, perancangan Allah itu takdir. 

See you again ! =)


WORDLESS WEDNESDAY




=)

Hilang

Woahhhhhh. Lama gila saya tak update. Gila malas. Masa saya limit dengan kerjaya skrg. Chewahhhh. Dan saya takde cerita menarik nak kongsi. Alhamdulillah, hampir 4 bulan dah saya kerja di bumi Putrajaya ni. So far sooo good. Banyak plan, makin banyak komitmen. Semoga dipermudahkanNya. Insyaallah, Amin.  



Peace. Jumpa lagi =)


Tudung Aidijuma punya pasal !

Assalamualaikum.



Semata-mata nak carik tudung aj punya pasal, sanggup pergi 2 tempat sekaligus. Kiosk dkt The Curve dgn LRT Pasar Seni. Sebabnya tak puas hati colour banyak tak b'kenan di hati. Tapi dua tempat ni dah habis licin stok. Tinggal warna light je byk. Padahal  baru je sampai stok, dah  licin. Ingat nak wat bisnes, tp takut pulak nk handle bisnes ni. Sempat beli yang sendiri je. Yang kirim dengan kita, semua takde colour diorang nak. Yang ada, yang Shasha kirim je. Sbb kaler dia nak light. Dh amik no abe dealer tu, senang ckit nk borong lainkali. Tapi tanpa GPS hidup mati saya ni, mesti susah nak gerak kot nak carik tudung ni. Awak memang hebat lah Abang Obi ! Terima kasih!




Terima kasih jugak kt Shahira MF. Rajin sangat la dia buatkan header untuk kita. Comel sangat. "Nanti org guna, xdop masa + malas leni." Hehe.  Bila tah nak kirim barang special ni kat Ziey. Sabar eh ira, nnt org kirim. Hehe. Nway, thanks a lot ! :)



#B'habukkk entri ni dekat dashboard.


Madu



Awak sebelah saya. Saya sebelah awak. Awak yang banyak berjasa. Saya suka susahkan awak. Awak selalu teman dia time saya takde. Dari jauh awak selalu datang jumpa saya. Awak mesti penat kan. Saya marah kalau ada yang buat jahat/khianat awak. Sebab awak hak milik kesayangan suami saya juga. Saya badmood kalau awak spoilkan mood dia. Saya kurang pasti apa jenis jantina awak sebenarnya. Sekali tengok macam comel. Sekali pandang macam hensem. Awak nampak hensem bila dia yang membawa awak ke sana ke sini. Awak nampak comel bila saya ada sekali dengan awak. Hihi. Lagi menawan bila saya yang membawa awak ke sana ke mari. Awak tak kisah pun saya main kaki je dengan awak selalu. Kadang-kadang kami selalu gaduh sebab awak. Dia selalu kasar dengan awak bila dia marah. Sorry eh awak. Dia tak sengaja. Kan dia pandai pujuk awak. Selalu dia mandikan awak kan. Jeles saya tau tak. Saya takut awak kecik hati sebab dia selalu manjakan saya lebih sikit dari awak. Hikhik. Sebab awak, kami banyak kenangan. Kenangan manis serta kenangan pahit. Hoho. Kenangan yang membawa kami semakin matang dalam segala hal. Kenangan tu juga memberi kami erti kebahagiaan mahupun erti kesusahan. Kerana dia, saya sanggup b'madu dengan awak. Minggu depan, kita nak mandikan awak dengan nak bagi hadiah spesel untuk awak. Tuan punya mesti excited lebih. Tunggu eh. 

Terima kasih,  Madu. :D

#Maaf, entri mengarut. 


Work Life

Assalamualaikum.

Hello there. Hari ke hari nak update. Tangguh lagi. Esok tangguh lagi. Lusa tangguh lagi. So, hari ni tulat rajinkan jugak nak update. *bajet blogger femes*. Sila 'haktuihhhhhh' sekarang. Haha. Okay, stop it. Pejam celik pejam celik, dah sebulan kerja kat tempat baru ni. Yang mana kita kerja sebagai guru tadika je pun. Nak kelasssss sikit bunyi, teacher kindergarten je punnn. Hoiiiiii, cikgu tadika pun nak dip/degree tau sekarang. So, jangan nak pandang rendah sangat kat cikgu tadika ni.


Haaa, ni la tadika tu, Laman Cerdik, Presint 11, Putrajaya. Private kindergarten. Actually, ada banyak branch dia. Tapi, Laman Cerdik Presint 11 ni la yang paling t'tua sekali. Nak masuk 8 tahun tak silap. Students ramai la jugak. Nak dekat 200 students jugak la.  Kelas pun banyak. Teachers dalam 10 orang. Soooo far kerja kat sini, totally best gilak! Memang sempoi kerja kat sini. Seniors kat sini dari buka tadika ni lagi kerja kat sini, dari tak kahwin sampai kahwin kerja lagi. Nampak sangat diorang selesa kerja kat sini kan. Memandangkan kita masih lagi bujang kat sini, tempat tinggal & makan provided. Ada bibik lagi. Best bukan? Paling best, makan tak kira masa. Rasa nak makan, makan je. Amik jeeee. Bahagia hidup wehhh. Memang saving gila. Takde duit pun boleh kerja, tunggu gaji masyukkkk je.



Kat sini, kita pegang kelas budak 5 tahun. 5 Ixora. Seramai 17 orang. Kira dah padat seramai ni. Sebab? Ingat senang nak handle budak sebesar ni? Ohoiiiii, kesabaran kena bombastik bukan maksimum je. Hoho. Nasib baik budak kelas kita takde masalah sangat. Setakat ni okay je. Kita rasa lagi fun la dari budak sekolah. Hihi. Diorang ni macam baby sangat. Comel comel je. Nak marah pun tak jadi. Kebetulan this year ramai birthday date bulan 11, 12 mcm tu, lagi la baby diorang ni.


Ni salah satu budak yang baby sangat. Manja dia ni boleh buat teacher dia cairrrrr. Hihihi. Hai, saya Airiel Zafran. Airiel kelas 5 Ixora. Teacher Airiel nama Fatin. Airiel sayang teacher. Hahaha. Dahla mengarut. Tak kisah la, selagi okay kat sini, selagi tu lah kita kat sini dengan anak-anak kesayangan ni. Doakan kita cepat kawin ye rerakan sekalian. Ketemu lagi kita di lain entri. Bye bye :D


WORDLESS WEDNESDAY #7


Why do we love the sea? It is because it has some potent power to make us think things we like to think.
-Robert Henri-


Bakal Imamku ♥

Assalamualaikum.

Aku ingin mencintaimu kerana ALLAH
Aku ingin menyayangimu kerana ALLAH
Aku juga merinduimu hanya kerana ALLAH
Aku ingin kau seorang soleh
Agar kau mampu membimbingku menjadi solehah
Aku ingin kau mencintai ALLAH dan RAsul sebelum mencintaiku
Aku ingin kau merindui syahid di jalanNya
Agar aku bisa menjadi bidadarimu di syurga
Aku ingin menjadi pendampingmu berjuang di jalan ALLAH
Aku ingin menjadi tulang rusuk kiri yang teguh untukmu
Aku ingin menjadi srikandi yang sentiasa berada di sisimu
Namun, adakah aku layak mendapat teman hidup sepertimu?
Sedangkan aku hanyalah wanita biasa
Yang sarat dengan khilaf dan dosa
Layakkah aku mencintaimu?


#Hanya Allah lebih mengetahui. Wahuallam.

Kisah Mereka ♥

Assalamualaikum.

Tatkala kesedihan/frust melanda disebabkan oleh orang yang tak bertanggungjawab, namun blog tidak dapat kulupakan. Hihi. *MENGARUT. Ni semua alasan nak panjangkan ayat. Begini lah gaya alasanku ketika menulis karangan sekolah dulu. Banyak mengarut dari memberi alasan yang kukuh berkaitan dengan tajuk. 

Ketika ini jugak, kerinduan pada kehidupan di kuis hadir membuak-buak sekali. Rindu pada mereka. Mereka yang selalu ada. Buka folder suprise from them, rasa nak share kat sini pulak. Sebelum kita pergi praktikum tahun lepas, mereka ada buat suprise untuk kita dengan Abang Obi kita ! Kononnya la kami dulu yang nak blaa dari kuis tu dulu. Seriussss terharuuu. Nak suprise bagai. Gigih betul mereka. Plan nak keluar pergi makan je, sampai kat kedai, gelagat nak suprisekan kami berdua bukan main lagi membutakan mata kami. Qila sibuk suruh Sayed amikkan dslr Wafa dalam kete, rupa-rupanya ini yang dia bawakkan!


Macam apa je masa ni. Birthday sape pulak ni. Siap kek dengan hadiah bagai. Dah blurrr. Dalam duk blur tu, buat faham je la. Bila baca special card tu, baru la faham. Ye, memang untuk kami. Tahan nak menangis je masa tu. Bila dah baca, bukak hadiah pulak, dapat tabung. Motif tabung? Suruh kami berdua simpan duit sampai penuh tabung ni. Bila dah kawen, pecahkan tabung ni. Alahaiii, kenapa la comel sangat mereka ni. 



Gigih bukak hadiah, gigih makan kek pulak. Dah siap makan, wafa pulak yang bawakkan laptop. Adehh, amende la lagi ni. Wafa playkan satu video dengan lagu sahabat. Memang tacing. Video tu takleh nak share, sebab mix dengan gambar free hair. Saat itu jugak, semua nak menangis. Meleleh macam ape dah, takboleh tahan wehhh. Cuma Abang Obi, Sayed dengan Mim je yang tak tengok video tu. 



Tu je la kisah mereka dengan kita yang kita nak kongsi. Ni trick dalam nak buat penutupan karangan. Haha. Hargailah kawan yang selalu ada ketika susah dan senang. Bila sekali anda amik kesempatan dengan kebaikan mereka, musnah begitu saja. Jangan sampai bercinta, kawan dilupakan. Begitu juga dengan family. Mereka sangat berharga. Tanpa mereka, siapalah kita. So, hargailah mereka yang berada disekeliling anda.

Friendship improves happiness and abates misery, by the doubling of our joy and the dividing of our grief.  -Morcus Tulluis Cierce-



#Buatlah taik dengan orang, nanti kau sendiri yang makan taik tuh! 

Stressssss Story !

Assalamualaikum.


Weekend baru rasa ada kerajinan nak update blog. Huhu. Plus rasa fresh bila tengok wajah baru blog ni. Ada orang cantik tolong cantikkan blog kita. Thanks again Shahira MF. Hehe. Alhamdulillah, kerja kat sini sangat okay. Totally different. Takde duit pun, boleh hidup la kat sini. Semua cukup. Tunggu dapat gaji je. Kerja pun takde over sangat pun. Syukran.  Penat tuh biasa la, tapi seronok gila. Penat dengan budak-budak lain dari penat dengan karenah bapak orang yang suka menipu! Ops, kasar disitu. Stressssss yang amat. Sakit hati dengan bos lama kita. Gaji belum dibayar. Nak masuk 2 bulan dah ni. Tapi beribu alasan dalam poket. Dah cakap elok, cari pasal nak gaduh. Tak dapat bagi, cakaplah. Jangan nak kencing orang. 

Yang paling sakit, dia cakap dah transfer. Then, setiap hari kita pergi check acc kita. Takde punnn. Memang tak sedap hati, memang tahu dia tipu. Kita call, dia cakap dia dah cancel balik sebab abang kita ada serbu dia. Rasa nak pergi lempang je masa tuh. The truth is, abang kita just pergi tanya sebab ingat nak amik cash. Dia cakap dia dah transfer. Bukan serbu. Tu semua alasan dia.  Dengan abang kita, dia cakap lain. Dengan kita, cakap lain. Kitorang dah tahu dia memang kaki sembang cuma malas nak layan sebab nak dia settlekan gaji kita dulu. Lepas settle, baru nak basuh dia. Nak report, hitam putih takde. Menyesal gila rasanya. Tuhan saja yang tahu. Dahla, makin panjang kita cite, makin sakit pulak rasa. Kita pun tak tahu nak pendekkan cite nih mcmne. Sakit hati sangat. Dahla menipu, reka cite lagi, fitnah lagi. Kita tak faham kenapa ada orang macam ni. Nak bodohkan orang, hakikatnya dia sendiri yang bodoh. 

#Ya Allah, lembutkanlah hatinya.

Ke'busy'an + Ke'lazy'an = Nothing

Assalamualaikum.


Fuhh, lamanya rasa tak update. Busy sangat sejak kebelakangan ni. B'kerjaya la katakan. Tertib sikit hidup sekarang, bangun pun awal. Makan tepat pada waktu. Tak tepat pun, asyik makan je. Hehe. Alhamdulillah, tranformasi yang agak meransangkan. Disebabkan itu, kemalasan nak update blog mbuak-buak. Apatah lagi blogwalking di blog orang. 30-days-challenges bila nak habis tah kalau mcmni gayanya. 


Apepun, saya rindu dengan mereka tatkala berjauhan saat ni ! 



Today also is birthday's my little sis. Happy Birthday Adek! Belajar rajin eh. Nanti kak tin balik bawak hadiah. I love youuuuuu adek!  *Huduh gila muka den ! Tak lupa jugak untuk Ti'a ! Happy Birthday ! Hope your birthday blossoms into a lots of dreams come true! <3


#Nanti ada masa nak update pasal kerja baru dengan budak-budak comel. Wait ya! See you!



New Job New Story

Assalamualaikum.

Sejak kembali jadi perantau ni, dah takde masa nk update blog, nak kejar 30-day-challenge lagi, memang tak sempat. Terpaksa tergendala seketika. Sorry Ti'a. Dah jauh korang tinggal aku. Hikhik. Busy. Busy settlekan apa yang perlu disettlekan. Apa yang busy sangat? Padahal busy dating je sebelum report duty. Sekarang dah jadi guru tadika kat Putrajaya ni. So, sebut je tadika mestilah budak-budak 4,5,6 tahun je. Sangat beza dengan budak sekolah rendah. Macam mane la nanti agaknya. Tak kisah la ape pun, janji dapat timba pengalaman baru. Harap takde ape masalah jiwa raga lagi dekat tempat baru ni. Moga kita semua dimurahkan rezeki. 
.
.
.
.
.
.
.
.


Apa ni? Jangan gelak eh. Dalam sibuk dating sebelum report duty kan, ada orang tu kasi suprise kat kite. Kali ni limited edition punya. Takde jual kat mana-mana okay. Haa, mana ada jual kat kedai menda alah ni! Tak sangka kreatif jugak hero saya ni. Hehe. Tak tahan dengan bentuk love dengan tepi kertas A4 yang dibakar dengan lighter. Ada style la. Hehe. Tak payah guna duit pun, yang penting ada sentimental kat situ. 

Terima kasih buah hati! I love you so much. <3


#Dah 2012 ni, ayuh kita melangkah ke misi sampai ke destinasi !


COPYRIGHT@WZFATINAIMANWZ