Car Design

Assalamualaikum.

Entri sebelum ni, atin ada tanya pasal tau tak daihatsu hello kitty kan? Sebenarnya kereta. Kereta yang dimodified dengan design hello kitty. Serius comel gila weh. Apa apa jenis kereta pun boleh. Tapi biasa tengok kancil, kelisa, kenari dengan myvi kot. Atas kreativiti masing-masing la. Ada yang serabut dengan aksesori banyak sangat. Ada yang kemas. Okay, mentang-mentang design hello kitty kan, semua benda nak pink. Serabut jugak tengok kan. Kontra dengan warna lain sikit cun la. Makeup kasi simple je. Ni macam nk hias ruang tamu je. Hehe. Nak makeup design ni memang beribu-ribu la habis. Alaaa, bila nak ada kereta sendiri ni. Kalaulah ada, atin nak tukar ni je :


Tengok, dalam enjin pun hello kitty weh. *Ketor pale weh tengokkkkk* Kalau lah dapat ni, sumpah tiap-tiap hari rajin nak drive. Walaweh. Comelnyeeee.


Meter ! Sangat comel. Memang 140km den bawak kalau dapat ni! 


Stereng! Cute gila. Nak nangis ah mcmni!


Seat ! See, Takdela pink sangat. Ok ok la ni. Tido dalam kete pun takpe kalau mcmni !


Tahu tak ni ape? Ni sticker road tax. Awwwww. Aritu pergi downtown, b'lambak mnde alah ni. 

Okay, tu baru design dalam dengan aksesori kan. Setakat aksesori, sikit je la. Takyah banyak. Cukupla tukar kotak tisu dengan sarung yang cantik. Pewangi kereta. Carpet kaki leopard hello kitty. Perghh. Dah cukup dah tu rasa. Kalau dari segi luar, nak mcm design honda jazz ni. Tak nampak pink banyak sangat. Still nampak feminin. Kan?



Cantik kan? Waaaa, hari-hari usha mnde alah ni. Hari-hari usha mudah.my. Berangan la cik teng oi sampai dapat depan mata. T____T

#Gambar curi kat uncle google. Maaf uncle. Comel sangat. Ite t'paksa. Halalkan ye. =.= 


Great Moments & Thanks November ♥

Assalamualaikum.


Hai hai. Hello hello. Lame gile tak update. Sibuk membawa diri la katakan. Hehe.Actually, atin pergi amik transkrip kt kuis. Kebetulan memang nak pergi wedding kawan ni. Satu batch. Ain namanya. Menyelam sambil minum air, boleh la dating dengan hero atin ni. Kalau takde hero, memang patah kaki la jawabnya. Puas hati jugak la dapat jumpa. Tu yang sampai demam takleh bangun. Terima kasih tak terhingga buat doktor kesayangan yang sanggup jaga ite selama 2 hari b'turut-turut. Sorry banyak menyusahkan. Gambar poyo je banyak. Kitaorang dah takde photographer tegar dah sekarang. Sadis.


Thanks for all your suprises. Appreciate it. <3
.
.
.
.
.
.
.


Untuk Ain & Faiz, selamat pengantin baru. Tahniah untuk kalian. Seronok tengok ain dah jadi isteri orang. Selamat berumah tangga. Moga b'bahagia hingga ke syurga. Moga dapat baby yang gebu dan comel mcm korang. Hehe. Mehla honeymoon kat ganu ni, swimming pool kat tengah jalan je. Hehehe. :p




Ni je gambar dalam kamera ite. Sorry kalau ada yang takde. Tak amik gambar sangat pun. Kualiti lumix hampeh. Nak tukar dslr la lepas ni. Btw, seronok jumpa korang semua. Nanti ada masa jumpa lagi. Muah muah. Lot of love. Bye. 


#Pernah dengar daihatsu mira hello kitty? Tahu tak menatang ape? Coming soon ya. :)


Apa nak jadi?

Assalamualaikum.


Balik kerja, terus mengadap laptop. On fb & blogwalking. Nasib baik takde twitter ke, tumblr ke, formspring bagai. Tu pn nasib baik friendster dengan myspace dh pupus lama dah. Haha. Kalau ada semua tuh, silap hari bulan tak sempat pakai baju rasanya. Haha. Ape kehel yang teruk sangat ni cik tin. Aigoooo. Dulu duduk hostel bukan main lagi. Sekarang duduk rumah, makin menjadi-jadi. Fb  dah macam makanan harian dah. Teruk bebeno. T________T. 

Pucat lesi. 
Jangan tengok lama-lama muka ite. Huduh gile. Eyebag dah macam beg sekolah dah. Kawan-kawan, tolong bagi tips kecantikan sikit kat ite ni. Ite ni noob gile bab nak cantik ni. Bila tengok orang cantik, terus rasa rendah diri sangat. Nak make-up? Harem jadah nak pakai. Langsung tak reti.  Shawl?  Baru 3jam pakai dah rasa rimas. Bawal  & syria je ite mampu. Muka pun takde ah licin macam tomato. Hmmm. Bila nak cantik macam nora danish/tizz zaqyah ni? Suka tengok diorang pakai tudung.  Okay, nak cari pasal stalk lagi. Bye. 


#Sobri, takboh jupe ah kalu gini. Ite malu. T______T

LOVELY SATURDAY

Assalamualaikum.

Hari sabtu yang happening bersama teman sekampung, teman satu sekolah, teman suka dan duka, dan teman sewaktu dengannya. Hehe. Hanging out b'4 wajib terlebih dahulu sebelum ada yang akan meninggalkan kampung demi menuntut ilmu di negeri orang. Perantau la katakan. Hoi, skema gila ayat den. Pada mulanya plan lain, lain jadinya. Last minute punya plan. Ambik peluang nak celebrate birthday kawan atin ni, fafa. Celebrate awal 2 hari. Ampunnn bukkk. Nggak ada masa dong. T'paksa wat awal sikit ye. Janji cukup 4. Sasa belanja pizza. Atin dengan rara support secret recipe slice je. Sebab memang last minute. Keluar dengan diorang, gelak sampai tak ingat dunia weh. Tengok orang pelik sikit, mula lah gosip sakan. Haha. Penat gosip. Snap gambar. Tu la keje bila dah keluar. Tak caye, tengok ni.

Sebelum
birthday girl yang tengah tu. fa. :)
Sasa & Rara
Selepas
Dari Dungun ke Mesra Mall dengan hujan lebat, Sakit pinggang den drive. Jalan pun tak nampak. Drive avanza macam bwk satu kampung. Gedabak besar macam bas. Hebat tak saya?:p. Nasib baik time balik hujan dah reda, pecut sampai rumah pukul 9 malam. Fuhhh, nasib baik tak kena marah. Tamat la entri lovely saturday saya ni. Bye. Haha. *takde apepun padahal.  >.<


THANKS FOR EVERYTHING, FRIENDS.



Back to May

Assalamualaikum.

Takde apa yang ingin diperkatakan. Hanya ingin kongsi kerinduan saya pada kehidupan praktikum pada Mei yang lepas. Sobs sob. 










Terima Kasih.

#Nak sambung nangis. Bye. T_____T

Antara rabun dengan kantanya


Mr. S : Sayang, can I ask something from you?

Atin : Yeah, what dear?

Mr. S : Lepas ni dahla pakai lens? Boleh?

Atin : Ala ala. Kenapa tiba-tiba ni?

Mr. S : Bahaya. Rosak mata nanti. Ada budak kena jangkitan kuman sebab pakai lens. Dia dah tak nampak apa dah sekarang. Dahla, ite sayang awak lah.

Atin : Ala. tak selesa pakai spec bila pakai tudung. T________T

Mr. S : Ye, ite tahu. Tapi, mana best dengan tak nampak sayang?

Atin : Ala. Yelaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Mr. S : Kalau nak pakai jugak, kena janji dulu? Kena jaga kebersihan. Terutamanya, tangan dengan bekas lens tu. 

Atin  : Ye, ite tahu laaa.

Mr. S : Ite bukan marah awak, ite nak jaga awak je. <3

Atin : Awak awak, nak lens baru !!

Mr. S : Amboi amboi. Nanti kite cari. Tapi, ingat pesan ite eh?

Atin : Okay dear! Hehe.


#Conclusion,saya memang degil. Keras kepala yang amat.  T________T

WORDLESS WEDNESDAY #5






Jangan tanya boleh?

Assalamualaikum.

Boleh tak jangan tanya? Atau disebut di tranung, boleh dokkkk benggg tanye gitu? Haha. Okay, isu hari ni mengenai pertanyaan yang bikin orang kurang selesa. 

Antaranya : 

1. Kenapa kurus sangat ni? Tak cukup makan ke? Putus cinta ke?
Situasi ni bikin orang panasss. Hilang mood nak makan sehari semalam. Haha. Yela, baru masuk rumah nak beraya, soalan tu terus ditanya. Hohoiiiii. Jagala hati orang sikit. Takyah nk loudspeaker. Slow dah la. Kurus salah, gemuk salah. Manusia manusia. 

2. Kenapa gemuk sangat ni? Terlebih makan ke? Ke makan hati?
Ni lagi sentap. Tak pasal nak terjah terus tanya soalan ni. Kau tanya macam kau tu dah perfect sangat kan. Cuba tukar soalan tu ala-ala manje sikit. Ni terus terjah. Orang lain pun ada perasaan jugak. Mungkin kita terus terjah gitu, dia akan rasa rendah diri. Rasa dihina. Malu nak b'hadapan dengan orang lain. Tak rasa b'salah buat orang macam tu?

3. Kenapa banyak sangat jerawat ni? Kau tak jaga ke? Hormon apa kau ni?
Amboi amboi. Mentang-mentang muka kau licin macam tomato. Sodap je tanya macam tu eh. Bukan dia mintak pun jadi mcm tu. Agak-agak sikit tanya cik adik oi. Apa kata kau suggest produk yang kau pakai ke kat dia, sejuk sikit hati dia. 

4. Kenapa kau pakai baju kurung? Bukan nak pergi kenduri ni. Nak pergi shopping ni der. Kampung betul!
Grrrr. Yang ni memang takde adab! Suka hati la nak pakai apepun. Biarlah dia nak pakai apa pun. Bukan dia paksa kau pakai baju kurung pun. Sibuk betul orang macam ni. Dah dia nak pakai baju kurung, biarlah. Ayu lagi. Tak salah kan. Kau sibuk je. Kau pakai baju kau dahla. Sibuk nak ukur baju orang. 

Tu je la kot soalan yang merimaskan atin dengar setakat ni.  

Cuba tanya atin soalan ni. atin suka! Haha.
 *Bila nak kawen ni atin? Haha. Jawapan dia, secepat mungkin! *gatal

Orang banyak tanya buat kita stress jugak bukan?

Kadang-kadang benda kita nak tanya benda tu simple je, tapi dalam kita tak sedar, kita dah kecilkan hati orang. Maaf dipinta kalau atin pun ada benda yang atin tanye t'guris mane-mane pihak. So, hati-hati dalam b'tanya. Tengok kiri kanan dulu. Buat muka comel dulu eh. Hehe.

Apa lagi soalan yang korang tak selesa bila ditanya? Share dgn atin jom!

#sini kaunter pertanyaan, ada apa saya boleh bantu? Hehe

Keriangan di Hari Jumaat

Assalamualaikum.


Yeayyy. Gaji dah masyukk. Senyum sampai telinga. Nanti hujung bulan masam mencuka balik. Muncung mulut kalah mulut itik oi. Adat la tu bila takde duit balik. Hehe. Balik kerja tadi, drive macam hape je. Rasa nak lepas je stereng tuu. Nak joget je dalam kete tu haa. Over kan. Haha. Pusing pantai dulu. Nak feeling dulu, tengah kaya raya ni. Mase ade duit ni la nak b'lagakkk. Puiiiiiiii. B'lagak macam dapat ribu ribu. Padahal ciput je pun dapat. Biarlah, nk over jugakkk. Hehe. Dahla tu koya atin oi. Ni ha, excited dapat gaji. T'pikir nak belanja family ah hari ni. Singgah mekdi, atin beli family dinner box. 


Sampai rumah, semua cover nak senyum. Kena pelawa jugak. Malu-malu pulak. Alahai. ''Sila jemput makan semua, wahai keluargaku tercinta''. Semua kerumun mcm nak tengok bola dah. Hehe. Alhamdulillah, niat nak belanja family guna duit sendiri dah t'capai. Balance nak simpan untuk kawin lahhhh. Haha. Walaupun tak seberapa, ni je la mampu setakat ni. At least, rasa bahagia tengok mereka senyum hari ni. Terima kasih keluarga Wanzul. :)


#Awak, ite dah tak sabar nak jupe awak. Nanti teman ite pegi kawin Ain Tesl D Ahad depan eh! =.=


Bila cakap pasal kahwin awal

Assalamualaikum.

Sejak kebelakangan ni, entri nak jiwang plus miang je cik tin kite ni. Hehe. Tengok tengok, post title nak gatal je. Kawin oiiiii. Sape taknak kawin? Tipulah taknak kan. mestilaaa nak! Kalau boleh, sekarang jugak nak kawin. *gatal lagi. Tapi kenapa sekarang ramai yang mempertikaikan bila ada anak muda kahwin awal? Kenapa? Salah ke? Kalau nak kahwin, kena ada puluh ribu baru boleh kahwin? Macam tu ke? Ishh, zaman sekarang lebih pada adat pulak kan. Tak tengok dari segi agama. Bak kata Ustaz Azhar, berkahwin pada usia muda adalah suatu niat suci yang tak perlu diberi alasan untuk mengelakkan diri daripadanya. Ia sudah menjadi tuntutan agama, yang mana digalakkan Nabi SAW sejak dahulu lagi. Malah dianggap ibadah, macam amalan-amalan lain. Terbaikkk ah! Thumbs up sikit Ustaz! Hehe. 

Sesungguhnya Islam itu sangat mudah dan sederhana. Tapi kenapa masih ada segelintir masih mempertingkaikan kebaikan kahwin awal ni? Mungkin dengan berkahwin, kita dapat membaiki diri sendiri serta ada rasa tanggungjawab yang tinggi. Asal serius sangat ni atin? Hehe. Okay, mungkin niat kita dah ada, tapi ada banyak halangan kan? Betul tak? Mungkin yang dah habis belajar, belum mempunyai kewangan yang stabil untuk mendirikan rumah tangga. Yes, itu memang salah satu faktor halangan atin sekarang! Hikhik. Kita nak kahwin bukan sehari je kan, nak pikir jugak selepas kahwin. Cabaran selepas kahwin tu lagi penting. Jom kita tengok persoalan yang biasa bermain di fikiran orang yang nak kahwin awal ni. Hihihi. Jom jom.

Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Akad nikah dan walimatul urus kan. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, kan dah jimat. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Guna apa yang perlu sahaja. Kalau nak pelamin, boleh. Sekadar untuk amik gambar buat kenangan. Bukan bersanding. Bagi atin, benda-benda lain tak perlu la sebab termasuk dalam hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tak perlu tinggi sebab sebaik-baik mahar adalah yang paling rendah. Mudah saja perkahwinan dalam Islam. Tak sampai puluh ribu pun.

Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatlan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembah maksiat. *sangat SETUJU*

Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah kita solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawabkah kita? Adakah kita ni jenis panas baran atau penyabar? Adakah kita seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah paling bersedia sebenarnya. *Speechless*

Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat serta pemikiran risau akan tak cukup wang sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan menerima setiap alasan yang diberikan seperti di atas. Apepun, kita hanya mampu berdoa dan usaha untuk kita-kita yang mahu kahwin awal ni supaya cepat bertemu jodoh. Bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah pintu rezeki untuknya. *SENYUM JE*

Sape yang takut nk bagitau kt parent nak kahwin, cuba baca ni depan diorang. 

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata : "Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka." (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Agak-agak ape respon parent lepas korang bace? Hehe.

Fikir masak-masak dulu nak kahwin awal. Kena betul-betul bersedia.

Tanya dada, tanya iman. =)

Bye bye !


P/s : I WILL BE YOUR BRIDE SOMEDAY :)

Rezeki tidak menyebelahi Tranung.

Assalamualaikum.

Piala Malaysia untuk 2011 sudah tamat. Tapi hari ni baru rasa nk update pasal ni. Yela kan, frust menunggeng lagi ni. Hehe. Tahniah buat Negeri Sembilan. Sekali lagi Piala Malaysia milik nogori tahun ni. Syabas Tranung, layak ke final pun sudah cukup membanggakan. Tipulah kalau atin cakap atin tak sedih. Sedih plus frust sebab dah 10 tahun tunggu Piala Malaysia milik Tranung lagi. Nak macam Piala Malaysia tahun 2001 aritu. Tapi apakan daya, takde rezeki. Sebagai penyokong profesional, kenalah terima. Adat permainan ada menang dan kalah. Tak perlu nak gaduh bagai. Emo emo jugak. Takyah lebih-lebih. Player pun takde nak emo macam supporter la. Player lagi stress. Korang boom boom pow je nak kritik itu ini. Coach pun takde nak emo macam korang. Tak perlu nak cemuh negeri orang lain. Setiap negeri ada keistimewaan masing-masing. Yang tak minat bola tu, takyah nak buat minat sangat. Tak tahu apa-apa, takyah nak komen lebih. Orang menyampah la der. Penatlah bebel. Warga Tranung mesti frust nunggeng op. Haa, ni atin ada ubat paling mujarab nak hilangkan frust. Jom kita tengok gambar-gambar ni. Pasti anda terubat ! Hihihi.

Terbaik Haji Irfan Bakti. 
Muka excited ye.
Aku tergoda. awwww. Ashaari Samsudin. <3
Muah muah Sharbineeeeee !
Coach terbaik !
Ismail Faruqi <3
Joseph Kallang
Kapten Mazuki mmg tinggi weh. 
Manaf Manaf. <3
Sebelum & Selepas, Haha,
Dahla, nantikan ade lagi yang remove atin kat FB. Kan meluat tengok lama-lama. Sudahlah dengan provokasi  bola. Saya fed-up lahhhh tengokk. Please respect each other. Baru 1 Malaysia ! 

WORDLESS WEDNESDAY #4


Ops ops, I'm still in November blues. Hihi. =)


November Blues

Assalamualaikum.


Dear November, please be the best one for us. 

Sayang, can't wait to meet you again. Can't wait to waste my time always looking at you. And do you know how much i can't wait to be OFFICIALLY yours? You are the only one i could imagine being married to. *gatal*

#Muhammad Norsobri, you are the reason why i'm smiling. :)

COPYRIGHT@WZFATINAIMANWZ