Key Chain Comel !

Assalamualaikum.

Watchaaa! Hehe. Tiket final dah settle. Tunggu sabtu ni je. Yeayyy. Tapi tapi, ni bukan nak update pasal bola. Ini malam rajin nak promote key chain yang comel ni. Macam-macam key chain ada. Key chain couple pun ada. Boleh tulis name kesayangan korang tu. Key chain angry birds pun ada. Bolehlah letak kat kunci kereta korang ke.Tak tahu nak bagi hadiah birthday apa? Cuba bagi keychain comel ni. Sweet je. Bukan setakat key chain je ada, handphone case pun ada. Macam-macam ada kat sini. Semua hasil dari tangan Kak Tieha ni. Walaupun dah ada anak, dunia kreatif dia tak dilupakan. Rajin betul kan. 

 


Ni contoh hasil kreatif dari Kak Tieha. Korang nak tengok yang lain, jom usha kat SINI. Jangan lupa order ye. Hehe. :)

P/s : Kak, rasa dapat keychain free dop kalu tolong promote ni? Hehe. :)

WORDLESS WEDNESDAY #3



I believe that everything happens for a reason. people change so that you can learn to let go, things go wrong so that you appreciate them when they are right, you believe lies so you eventually learn to trust no one but yourself. and sometimes good things fall apart so better things can fall together. #Marilyn Monroe#


Morning Picnic ! :p

Assalamualaikum.


Dua bulan kat rumah, baru semalam paling awal gila atin bangun. Hehe. Teruk kan? Keje petang. Takyah runsing nak bangun awal. Tapi memandangkan semalam ada suprise untuk kawan atin ni, nisa namanya. Nak celebrate birthday dia. Even dah lepas, plan nak suprisekan nisa tetap jalan! Tapi still Oktober lagi kan sa? Sebenarnya memang nak plan awal lagi, tapi ada perkara yang tak dapat dielakkan. So semalam lah masa yang paling sesuai. Tapi pelik sikit, picnic di pagi hari. Haha. Comel kan? Malangnya, hujan pagi semalam. So ktorang decide cari tempat b'teduh area pantai tu. Nasib baik ada. Kira jadi la ala-ala morning picnic ni. Menu makan pulak, bihun tomyam & ayam crispy, chef mira masakkkk. Best. Kek birthday semua efa uruskan. Dessert pun ade tau. Atin buat triffle. Semua sedap-sedap. Dah boleh kawin dah ni. Hehe. Lepas makan. Hujan dah b'henti, sesi amik gambar la pulakkk. Itu memang wajib ye.

See, saya yang biasa. hidung tak mancung. tak macam awak :'(
Haa, ni 3 gadis yang plan abis-abisan untuk nisa. Yang tengah tu, chef mira. Pakar bihun tomyam tuuuu. Sodapppp. Sorang lagi tu, efa namanya. Suka sakat orang. Kek punya pasal, abis seluar dia. Haha. Baju merah takyah nak kenalkan. Dah tahu kan sape. Hehe. Tengok, biasa sebiasa je atin ni. Simple sangat. Tak reti nak bergaya. Tapi sekarang, makan je keje minah ni. Bila nk gemok ni? Orang lain sibuk nak kurus, kita sibuk nak gemok. Haha.

Ni la si kecil molep Nisa. Nasib baik comel. <3
"Sa, maaf neh kalau ada kekurangan kami buat ni. Ni je mampu sa. Lagipun bukan takboh lepak kat fast food, memang sengaja wt gini. Kalu gini, rs lagi best. Ada view lagi. Fast food sokmo doh kite lepak. Ni untuk sa, lain dari yang lain ar pulok. Hehe. Tin rs, ni first time wt mende alah gini sepanjang kite kawan op. Lainkali wat lagi. Thumbs up sa!"



True friends are very difficult to find, hard to leave, and impossible to forget. Remember, the greatest gift is not found in a store nor under a tree, but in the hearts of true friends. So, hold your true friends with both your hands. :)

Tahniah Tranung ♥

Tahniah Tranung & Negeri Sembilangg  kerana layak ke Final Piala Malaysia tahun ni. Untuk T-Team, perjuangan anda di peringkat semi final pun amat membanggakan. Tengok sape start wt gol dulu tadi. Mungkin takde rezeki tahun ni. Adik jangan bimbang. Abang main molepppp 29 Oktober ni ea. Hehe. Untuk Tranung, kemah keming main tadi. Sepakan gol dari Manaf Mamat cun habissss. Tambah dengan sepakan paling hebakkk dari Ashaari Samsudin. Kaki kiri tu babe. Mantappppp. I love themmmmmmm! Muah muah! <3<3 Cairnyeee tengok si kacak main bola. Dengan peluh. Peluh mahal tuuuu. Cair cair. Awwwww. *gedik*. Sudah sudah. :p

Petang sebelum game Piala FA. Hotel Glenmarie. Ashaari memang pemalu.
Aku mmg selekeh disitu. Puiiii
Focussss Manaf Mamat jeeeeee. <3

Papa & Manaf Mamat. Senyummm sokmo!


Tanpa anda semua, siapalah Terengganu. Hehe. 
Apepun, semoga kejayaan milik kita!
 Bawak balik Piala Malaysia macam bawak balik Piala FA baru ni neh! 
Kemah kemingggg! 


Jumpa di Stadium Shah Alam nanti !
  

Kerja

Assalamualaikum. 

Hello everyone! Sihat ke yang sudi singgah blog mcm apam polka dot ni? Haha. Sebenarnya, tengah tension pasal kerja ni.  Aritu aku ade update pasal aku dapat kerja tu kan. Memangla seronok dapat kerja. Berangan konon lepas ni berisi la sikit purse aku tu. Ada beberapa benda yang aku tak berapa nak selesa sekarang. Dan kadang-kadang aku rs menyampah pun ada. Aku dah mula muak dengan kerja aku sekarang. Bukan tak reti nak bersyukur. Aku takde masalah dengan student aku. Semua baik-baik. Aku ajar dengan penuh kasih sayang tau. Dan serius aku sayang dengan student aku kat sini. Tapi yang bermasalah sekarang, bos aku! Bos aku ni lelaki dan sudah berkahwin! Masa inteviu, memang aku salute ah dengan dia. Hormat cara dia kongsi pengalaman dia dengan aku. Tapi, lama-lama aku perasan bos aku ni  mcm kaki sembang! Apa yang disembang aku rasa takde kaitan dengan tuition centre dia tuh! Aku rasa lebih baik dia tunjuk ajar kat aku benda yang sepatutnya aku kena buat. Ni semua benda dlm kepala otak aku. Aku risau dia nak ambik kesempatan memandangkan aku ni tak byk pengalaman kerja. Paling aku geli gelemangggg, dah tunjuk perangai gatal dia. Dan benda yang aku tak puas hati skrg, student aku dah mula mengadu benda yang aku tak sedap dengar. Antaranya, cikgu sebelum ni tak dapat gaji, ustaz tu gatal, ustaz tu bla bla bla bla. Hmmmm. *ustaz tu gelaran student aku panggil bos aku*. Aku dah mula risau, tak dapat gaji memang aku mengamuk ah. Agak ah, aku nk kumpul duit nak pergi kuis bulan depan ni der! Satu sen aku takde. Gaji dari kau je aku harapkan. Kalau nak tuition kau maju ke hadapan, buatlah elok-elok. Pikir la sikit parent bayar yuran tuition tu dengan harapan nak anak mereka bijak pandai. Jangan nak main lepas tangan je. Aku ni baru lagi. Modul student kalau habis, kenalah ambik tahu. Takkan semua benda nak aku yang buat. Aku bukan pengurus dan bukan jugak kerani. Kerja aku mengajar je. Kalau nak aku keje 3 in 1 sekaligus, baik kau bagi je tuition centre kau tuh kt aku. Kau senang2 dapat untung, tak fair la kan. *aku bising mcm bos aku bace pulak blog ni*. Lantak ah, mane tau dia bace. Senang la nanti dia nak pecat aku. Bile pikir balik, baik aku buat home tuition je. Takyah nak pening kepala. Aku nak tengok bulan ni dapat ke tak gajinya. Tak dapat, aku memang nak chow! Sape tak marah bila jadi mcmni kan. Risau tu mesti ada. Takut orang amik mudah je dengan kita. Orang zaman sekarang dah tak boleh nak percaya sangat kan? Apa yang aku harapkan, aku harus b'tahan, sabar dan amik benda ni sebagai ujian dariNya. 

p/s : kalau korang berada di tempat aku, apa korang rasa? 

Jom main masak-masak !

Fuhhhh. 
Sekarang dah pandai nak cuba masak tu, masak ni. Dulu malas bukan main. Takut nak mencuba. Makan nak kena orang suap je. Bila nak pandai kan. Baru atin tahu masak ni best sangat. Boleh release tension. Bila kita masak untuk orang, orang yang makan masakan kita tu makan b'sungguh-sungguh. Apa korang rasa? Excited kan? Siap tambah lagi. Puji lagi. Puas hatikan? Rasa puas hati tu tak dapat digambarkan. Apatah lagi orang tengah lapar, makan apa yang kita masak, even tak sedap, dapat kenyangkan perut dia jugak kan? Hahaha. Janji kenyang. Zaman sekarang, tiada alasan tak pandai memasak, Takde duit nak beli buku resepi? Search google sudahla cik adik oi. Sekarang semua di hujung jari. Rasa nak makan apa, resepi apa nak, semua ada. Ikut je step resepi tu, Insyaallah, menjadi. Rajin atau malas je. 


Tadi kawan-kawan atin datang rumah. Kebetulan hari Khamis atin cuti. Boleh la melepak dengan diorang. Semalam lagi dah pikir nk masak ape, ingat nak wat triffle kt diorang. Tapi bahan tak cukup. Balik kerja semalam, nak singgah kedai, tapi malangnya kedai tutup pulakk. Hampeh nk wat triffle. Sampai rumah, selongkar dapur. tengok amende yang ada. Mata nampak mihun. Dalam hati, mihun goreng singapore! Okay, siaplah kau wahai mihun! Hehe. Semangat. Esok hari, terus masak! Seronok tau bagi makan kat orang. Selesa sikit nak sembang lama-lama. Paling penting, kepuasan diri bila memasak ! 
*tak sempat nak amik gambar*


Sape cakap atin tak pandai buat kek? Nak dijadikan cite, kononnya nak beli kek mahal untuk S sempena anniversary kitorang. Tapi takde duit. Apa lagi, selongkar dapur. Cukup bahan. Cari resepi. Jadi ke tak jadi. Tolak tepi dulu. Yakin seyakinnya. Tup tup dah siapppp. Hasilnya, ginila rupanyeee. Spttnya bulat, disebabkan mama atin jeles, t'paksa potong separuh. Separuh ni untuk S. Hias jadi la mcmni. Jangan pandang pada rupa ye. Tahu la tak cantik. Hanya orang yang makan kek ni je tahu rasanya. Orang buat kek ni 3 hari senyum macam orang gila. Haha. Start dari wat kek ni la, baru rasa ada aura rajin nak cuba tu, cuba ni. Buat sendiri lagi b'baloi oi oi. Air tangan sendiri lagi mahal dari Secret Recipe. Puiii. Hehehe. 
So kaum hawa sekalian, ayuhla kita rajin ke dapur!
 Cuba dulu, baru tahu. 
:)

Bye bye !
Keep in touch !
*winking*

p/s : bahasakan diri 'atin' dlm entri ni. mcm comel je. Hehe. :p

WORDLESS WEDNESDAY #US



Sama tak? Ada iras tak? 
Alaaaaaa. Jawabbbb laaaaa. Nak kepastian dari korang ni. Hehe.
Maaf, tudung comot. Maklumlah, angin pantai. :)

p/s : aku show off ke ni? Sekali sekala. :p

Long Distance


Terengganu dengan Kelantan. Nama je jiran. Tapi jauhhh jugak.
Kalaulah Kelantan tu dekat, hari-hari saya pergi kat awak.
Hmmmmmm.

:'(

I HATE LONG DISTANCE  !


P/s : Esok bola Suku Akhir 1 Tranung vs Kelate. Nak tengokkkkk. Peteh Ganu peteh. Untuk awak, Gomo Kelate gomo. Esok kita gaduh eh? :p

Alhamdulillah.

Alhamdulillah, setelah diinterview pagi tadi, saya dapat kerja sebagai guru tuisyen.*skema gila ayat* Hahaha. Setelah sebulan lebih menganggur, lega sangat bila dah dapat kerja. Hilang stress rasanya. Senyum sampai telingaaaaa. Boleh la kumpul duit sikit-sikit lepas ni. Petang tadi dah start mengajar. Student comel-comel semuanya. Nakal tu semestinya, nama pun budak-budak kan. Tapi, ada something aku tak berapa nak selesa. Tak selesa sangat. Bila dah kerja, benda mcmni pulak yang timbul. Aishhhh. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dear S, I need you right now! 
Pleaseeee...
T__________________________T

Good Luck, Adik Halim.

Halim wif his sister. *abaikan kakak yg over excited tu*
Dear Halim,
Untuk PMR ni, Kak Tin doakan semoga esok dapat jawab soalan dengan tenang. Wat molep. Jangan terlalu yakin sangat. Hati-hati dengan soalan. Baca doa dulu, jangan main redoh je. Sungguh ar sikit, jangan nyesal kemudian hari. Dang nyesal dop gune doh. Bagi hadiah paling istimewa pulok ke Ma & Pa tahun ni. Neh? Sape lagi nk bagi kalu bkn kite. Fokus molep la. Ingatla pesan kakok ni. Kak Tin pesan bukan mende sgt, nk tengok adik-adik berjaya la. Ingat tu. At least, untuk diri kite sendiri gop. Just keep your cool & steady. I'm sure you will do well. All the best !

p/s : sape yang tak paham aku cakap ape, buat paham je la. Hihihi.

5 punca utama kenapa wanita menangis

Dear ladies blogger,
Malam ni nak share pasal kenapa wanita menangis. hehe. Kenapa kita mudah menangis? Sape yang sedih malam ni, jangan nangis eh. Tengok Runningman, pasti anda terbahak-bahak. Hahaha. Okay, jom tengok 5 punca utama kenapa wanita menangis. Ini pun aku amik dari website top5reason. Hehe. 
Nak share kt anda semua punya pasal.
*Jeng jeng jeng*

Hormon - Hormon wanita lebih mudah berada di dalam keadaan yang tidak stabil terutamanya apabila mereka datang bulan. Tekanan sebelum ini biasa untuk mereka, akan menjadi tekanan besar yang mampu untuk membuatkan mereka menangis. Ramai wanita yang bersetuju menyatakan mereka lebih kerap menangis ketika datang bulan. Elakkan daripada memberi sebarang tekanan kerana mereka akan menjadi sensitif.

Manipulasi - Adakah anda perasan bahawa kebanyakan wanita yakin bahawa lelaki lemah terhadap air mata wanita. Pemikiran seperti ini telah diterapkan sejak dari dulu lagi dan menyebabkan ada sesetengah wanita menyalahgunakannya untuk memanipulasi sesuatu keadaan itu. Mereka juga yakin bahawa seorang lelaki sanggup melakukan apa saja hanya untuk memberhentikan tangisan air mata mereka. Ianya memang sukar untuk dinafikan, terutamanya apabila sedang berada di dalam situasi, tetapi lama- kelamaan segala niat yang tersembunyi pasti terbongkar.

Luahan emosi yang ikhlas - Tidak semua wanita menangis kerana hendak memanipulasi anda, ia hanya segelintir sahaja. Lebih ramai wanita menangis kerana luahan emosi yang ikhlas. Pemikiran wanita lebih mudah dipengaruhi oleh emosi berbanding pertimbangan. Mereka secara automatik akan mengekspresikan sesuatu tindakan itu mengikut emosi yang sedang mereka lalui, berbanding lelaki yang cuba mengawal tindakan mereka supaya tidak terikut dengan rentak emosi mereka sendiri. Ini adalah perbezaan ketara antara lekai dan wanita. Seseorang lelaki lebih mementingkan pertimbangan.

Memori - Wanita merupakan makhluk ciptaan yang mempunyai pemikiran yang paling kompleks di atas muka bumi ini. Mungkin ketika anda bergembira dan secra tiba-tiba sahaja mereka mampu untuk mengingati setiap detik kehidupan yang mereka lalui berbanding lelaki. Kebolehan memori mereka untuk mengingat kenangan dalam jangka masa yang panjang membuatkan mereka sering untuk muhasabah diri sendiri.

Kemarahan - Tidak sama seperti lelaki, wanita lebih cenderung untuk meluahkan kemarahan mereka melalui tangisan. Ia merupakan sifat semulajadi seorang yang bergelar wanita. Terutama apabila anda melakukan sesuatu perkara yang mereka tidak suka. Dan majoriti wanita bersetuju bahawa sekiranya mereka meluahkan kemarahan melalui tangisan, mereka akan berasa lebih tenang selepas itu. Ia juga dianggap salah satu alternatif terbaik untuk meluahkan perasaan wanita.

Ehem, betul kan? Kan? Semua punca di atas, semuanya betul. Aku setuju. Paling setuju sekali bab hormon. Yeah. Memang betul pn. Cari pasal di bulan kemerah-merahan memang wajib. Haha. Emosi memang tak stabil waktu tu. Dalam sedar tak sedar. Kan? Nangis tak tentu pasal. Ada je benda yang tak kena. Sape yang tengah dilamun cinta tu, korang bagi 5 punca ni kat pakwe korang tu, biar pakwe korang faham sikit. Sikit pun jadilah dari tak faham langsung. Kita ni sensitif. Bila sensitif, menangis. Bila menangis, hingus meneleh. Bila meneleh, nakkan perhatian dari tersayang laaa. Tu je sebenarnya. Haha. Hakikatnya, wanita memang manja. Sentiasa perlukan perhatian.

*sebenarnya, aku yang tak brape nk betul ni. Kejap lagi, nangis la ni*

p/s : credit to www.top5reason.com :)

  

Dialah di hati

Ya Allah,
Jika dia benar untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku.
jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu.


Ya Allah...

Salam kawan-kawan.
Aku nak share something kat korang. 
Semalam aku ade chatting kat FB dgn membe aku, Mira. 
Ktorang ada sembang pasal kejadian ribut kuat yang berlaku beberapa minit di Kuala Terengganu baru-baru ni. Itu baru beberapa minit, kalau 1 jam? Subhanallah. Mungkin dah ramai tahu pasal ni, tapi aku nak share jugakk. Serius aku takut. Kejadian itu berlaku seolah-olah memberi sesuatu amaran kepada kita. Allahualam.
 Tengoklah video ni.


Teruk jugak kan dalam masa 5 minit. Banyak jugak harta benda yang rosak. Pokok banyak tumbang. Bayangkan dalam masa 5 minit sahaja. Subhanallah.
Syukur, tiada yang terkorban. hanya cedera ringan. 
Kebetulan masa tu ada perlawanan bola kt stadium antara Negeri Sembilan vs Terengganu. Perlawanan ditunda buat seketika. Dahla siaran langsung. Lepas hujan dah reda, perlawanan diteruskan. Padang dipenuhi dengan takungan air. So agak susah la player nak main. Licin dan bola pun dah tak boleh nak bergolek sangat. Player pun asyik jatuh je. Siap bergaduh lagi. Ada je benda yang tak kena. Adab la tu kan. Ni ape aku merepek pasal bola pulak ni. Hehe. 

Bumi dah semakin tua. Hanya Dia tahu segala-galanya.
Kita hanya merancang, Allah tentukan.
Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali.
Apa yang berlaku, jadikan pengajaran buat kita semua.
Muhasabah diri. Renung-renungkan dan selamat beramal :)

COPYRIGHT@WZFATINAIMANWZ