Menanti 2012

Assalamualaikum.


Azam tahun baru? Rasa azam tahun lepas punya pun ada lagi yang tak terlaksana. Kira azam sama je la 2011 untuk tahun 2012. Cuma lain sikit je. Apa yang lain? Jeng jeng. Ayuh kita mark hari-hari penting kalendar 2012 pulak! 



Apepun rancangan kita, lagi indah perancanganNya. Semoga tahun 2012 lebih baik dari tahun 2011. Semoga lebih diberkatiNya. Amin. 
 
SELAMAT TINGGAL 2011. DIPERSILAKAN 2012. :)


30-Day-Style-Challenge (5)

Day 5 - Favourite accessory that you own


Actually aku suka dengan silver aksesori macam gelang tangan/cincin/rantai/gelang kaki. Dari zaman sekolah sampai sekarang. Aku suka. Tapi aku jarang sangat beli benda alah ni. Sebab masih elok mereka ini dengan aku sampai sekarang. Kira benda alah ni sangat b'harga bila aku pakai. Sebab aku jaga dari form 3 lagi. 


Haa, ni la gelang tangan aku beli masa form 3. Ni hasil duit simpanan belanja sekolah aku kumpul smata-mata nak beli benda ni. Haha. Sampai sekarang masih elok. Selalu di pergelangan tangan kananku. Nama dia 'kakak bulat' okay. Hehe. Aku beli twin dia sekali, gelang kaki. Tapi hilang. Hilang tak sedar dek penangan picnic di Sungai Gabai. Balik dari picnic, dah takde dah. :(


Yeahhhh, ni paling suka! Ni adik kepada si kakak bulat kat atas tu. Baru lagi ni. :p. Ni suprise dari Sobri masa pergi kenduri Ain hari tu. Aku tutup muka masa dia nak pakaikan gelang ni. Gila malu. Sekarang dah double dah kat tangan kanan aku ni. Ni kitorang namakan dia 'Mc Sing'(Mek Sing) sebab dia pusing pusing. Haha. Ite janji ite jaga mc sing ni macam ite jaga awak eh. Pomishhhhh. :)


Watchaaa, ni pulak gelang kaki pemberian Chua. Sangat terharu awak bagi ni. Awak tahu apa yang saya suka. Thanks kawan.


Ni bos kepada semua benda alah silver kat atas tu. Hehe. Rantai ni masa form 2 lagi. Ni pun pemberian makcik aku sempena apetah. Takde sempena ape kot. Saje je makcik aku bagi ni. Sayang anak buah la katakan. Heee :p


Part ni aku tak sangka sama dengan Shahira Mf. Selain pergelangan tangan kananku dengan gelang. Pergelangan tangan kiri aku sentiasa dengan jam kesayangan pemberian ayahku ni since aku form 3 lagi. Tahun lepas aku menangis jam ni dah tak boleh pakai sebab tali putus. Tapi tapi Sobri berjaya repairkan jam ni dengan menggantikan tali jam tangan dia kepada jam ni. Lagi terharuuuuuuuu. Sebab tu jam ni sangat sentimental bagi aku. Ada aura ayah dengan aura bakal suami. Kehkehkeh. :D

Ketemu lagi di episod lain. Aku dah nak bawa diri ke negeri orang ni. Pukul 1030 jap lagi nak naik bas. Tapi sempat lagi update ni. Okay, bye :)



30-Day-Style-Challenge (4)

Day 4- Favourite pair of shoes that you own 


Hey hey. Part ni macam malas je nak update. Haha. Sebab aku banyak flat shoes dengan sneakers je. Bosan kan aku ni? Heels? Takde aku nak pakai. Takreti nak pakai. Cuma aku ada wedges je satu. Tu pun sekali dua pakai. Macam zirafah je kalau aku pakai heels. Nak jalan pun nak cover lagi. Kalau jatuh mana la nak letak muka ni. So the best choice, aku pilih flat shoes je. Sangat selesa. Satu lagi, aku suka beli kasut yang semua boleh match dengan apa yang aku pakai. 


Ni sebahagian kasut yang aku ada. Selebihnya dah buruk, takleh pakai dah. Yang ni je yang tinggal. Yang latest punya jatuh kepada si comel kuning tu. Hehe. Suka tengok reben dia. Vern je pn. Harga dia 39.90. 


Haa, ni la kot favourite aku sekarang. Dia lah peneman setia. Dialah yang terbaik. Aku selesa. Aku sayang. Semoga aku dapat cari pengganti baru lepas ni. Lagi banyak koleksi kaum kerabat kau. Haha. Ok, Bye :D


#Terima kasih Shahira Mf. Dia buatkan untuk ite header comel sangat dengan adjust sidebar ite. Thanks a lot. Mmmmuah! <3

30-Day-Style-Challenge (3)

Day 3- Favourite piece of clothing that you own 

Hadoii. Penat aku cari baju favourite dalam almari. Hari ni baru jumpa. Hihi. Takdela, mana ada sangat baju favourite. Rasa nak pakai apa, pakai je yang mana ada. Lagi satu, aku jarang shopping baju. Cerewet sangat ini budak. Tapi bila aku dah b'kenan sangat, terus beli. Tapi pantang betul bila dah b'kenan ada calit kotor bagai. Hilang mood nak beli. Mula la mulut muncung panjang kalahkan itik. Haha. Okay, ni yang aku paling suka la antara baju favourite yang aku ada. 


Kedut kedut sikit. Sorry, tak kuasa nak iron semata-mata nak upload kat sini. Haha. Special baju ni sebab aku beli kat bundle. Sekali tengok, aku terus jatuh cinta. Aku suka reben bunga  dengan labuci tu. Aku rasa comel. Tak kisah ar bundle ke ape dah. Nak tengok aku pakai baju ni? Janji jangan gelak eh? Hoho. :D




Macam harem aku tengok. Haha. Geli aku. Sebab tu aku jarang pakai. Tapi aku suka baju ni! 

Okay, bye.


Enjoy using Digi !

Assalamualaikum.

Gotcha everyone! Hari ni hari paling bosan yang amat. Time ni la nak rajin post entri mengarut bagai. Biar la. Biar la. Biar la. Berapa kali banyak biar tah. Dah tahu bosan, ginila rupanya. Haha. Maaf ya dong. Entri kali ni nak promote digi pulak. Haa, jomla pakai digi ramai-ramai. Tak rugi pakai digi tau. Sesuai beno lah untuk mereka yang sedang b'cinta. Sebabnya selalu banyak habiskan duit dengan beli topup je kan. Belum sempat habis tamat tempoh, topup lagi. Kalau digi, bila tamat tempoh baru kena topup balik. Bila kita guna digi ni kan, no yang kita aktif untuk buddyz tu kan free dari 12am-6pm. Ulang sekali lagi, free okay. Gayut la kau nyahhh sampai lebam. Nak gaduh bagai. Suka hati korangla. Kredit korang sikit pun tak jalan. Kecuali korang guna no selain dari buddyz korang tu. Bukan setakat call je free, sms pun free. Dulu nak gayut tunggu birthday je baru dapat free. Ni hari-hari dapat gayut lelama. Jimat pun jimat. Berbaloi gila. Mcm pakai line dah. Mana mampu nak pakai line bagai, pakai ni sudah. Sama je. Bezanya 6pm-12am baru dia tolak kredit.Tapi lagi jimat bila korang private dengan bf korang je no tu. Kalau guna 1 no untuk contact semua orang, mahal la kot. Sebab atin sendiri pun pakai dua sim. Satu digi. Satu lagi celcom. Senang. Kalau nak beli sim digi ni jangan salah pilih tau. Beli Digi Easy Prepaid ye. 


Kalau rajin pergi SINI kalau nak tengok lebih lanjut. Takreti jugak nak promote lebih-lebih ni. Hehe.

Selain prepaid. Atin pakai broadband digi jugak. Kat tempat atin ni susah betul nak cari digi centre. Memang takde. Ada tapi jauh. Nak terminate broadband pun susah. Broadband digi pun okay jugak, tapi kat tempat atin harem nak dapat line. Nasib baik kat rumah ada wifi. Dulu masa praktikal Shah Alam, line digi laju gila wooo macam pakai wifi dah. Sejak duduk rumah ni, memang takla nak guna broadband dah. Sekarang padan muka sendiri kena bayar bil t'tunggak. Memang banyak la jawabnya sebab payah sungguh nak pergi terminate. Minggu depan la jawabnya. Minggu depan dah nak membawa diri dah. Kalau tempat kerja baru sana dah ada wifi, malas nak guna broadband dah. Hoho. Dah banyak benda mengarut/merapu dah ni. Layankan aje la ye. Haha. Terima kasih sudi baca entri yang kononnya seorang promoter digi yang setia/poyo ni. Haha. Bertemu kita di lain hari, lain waktu, lain masa pulak ye. Bye.


#Putrajaya, wait for me. :)


30-Day-Style-Challenge (2)

Day 2 -  Your color palette / what color do you like to wear?


Yeahh, this colours that makes me more look gojes mcm kacang gajus. Haha. Perasan gila fafi ini budak. Hee. Most hartapusaka yang aku ada semua banyak dari warna-warna ni je. Tapi baju aku kebanyakannya ala-ala pink gitu. Bila aku bertudung, aku paling tak suka dengan warna putih. Sebab rasa tak sesuai dengan muka aku. Rasa muka aku burn/gelap/hitam. Haha. Tapi aku suka tengok orang lain pakai putih. Agak jeles bila tengok diorang pakai sesuai je. Bila aku pakai, macam hape je aku tengok. Macam negro pun ada. Paling aku suka warna pink smooth. Warna dia takdela striking sangat. Soft je. Pastu pakai tudung warna terang. Aku suka ! Aku pun sebenarnya confuse warna apetah aku suka sebenarnya. Hehe. Tapi kan, sebenarnya kita kena cuba try. Try lagi. Cuba lagi. Hehe. Ye, kita kena yakin dengan warna kita pakai. Most important, what matters most is how you set yourself. Its the best key of confident.  Actually, ada satu lagi warna yang aku suka. Warna purple. Palette kat atas tu aku google je, so aku malas nak edit tambah warna purple lagi satu. Hehe. Aku rasa grammar aku makin terabur sekarang ni. Sorry guys. Okay, see you next 30-Day-Style-Challenge yaaa :D


# I think i need improve myself. I want to be gorgeous for my future Zaujah only. *gedik* :D


30-Day-Style-Challenge

 Yeayy. I've been tagged by Ti'a gebu. Hehe. Jom main 30-Day-Style-Challenge! 

So, here I am. 

Day 1- Introduction + post a photo of yourself


Hai! My name is WanzulfatinaimanWanzaulkfli. 
Simple person. Thats all. :D



No, I'm not a nurse. But I'm Edna in An Inspector Calls. :D

WORDLESS WEDNESDAY #6






EVERYTHINGS YOU DO & WORDS YOU SAY, YOU KNOW THAT IT ALL TAKES MY BREATH AWAY <3


Obses dengan Zahiril ♥ Shera Ayob

Assalamualaikum.

Hello everyone. Hipotesis entri kali ni ialah semakin jeles semakin gila. Haha. Dan dan je nak ada hipotesis sekarang. Hehe. Takde ah. Tengah meroyan tengok  Zahiril & Shera Ayob sekarang. Ni gara-gara Kak Pah la ni. Terus stalk. Sekali pandang, terus jatuh cinta dengan mereka. Atin ada follow blog Zahiril.  Hebak jugak penulisan dia. Low profile. Untung ah wife dia. Dahla sweet. Sumpah rasa cemburu tengok mereka.


.
.
.
.
.
.
.
.



Puisi puitis Zahiril buat Shera Ayob

Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu,
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan,
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu,
Dan hari ni kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, 
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, 
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong.
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, 
memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan, bahaya, ancaman di mana-mana. 
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu, setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik, setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau bukan sahaka menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta'ala.

Isteriku, selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, 
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku,
Selamat menjadi keluargaku, selamat menjadi pelengkap hidupku,
Selamat menjadi separuh dari aku.


Walaweh, sape dop ketor pale gini! Berangan je la mampu sekarang ni. Semakin aku lihat pasangan manis macam gula ni, semakin banyak semut dalam hati aku! Haha. Ok baiii. :p

#Sobri, awak jadi 'harung aziz' pun dakpe. Ketor pale sokmo ite dengan awak. Haha. 

Scrub percuma !

Assalamualaikum.


Semakin lama, semakin malas nk update blog. Serabut dengan masalah sekeliling pinggang sekarang ni. Sobs sobs. Kesian. Huhu. Sebenarnya nak share something ni. Sape yang tengah jimat boleh cuba scrub percuma ni. Berbaloi loiii. Confirm lepas ni kulit anda licin macam tomato. Hehe. Tapi, korang kena rajin la buat ni. Mesti rajin. Nak cantik jangan malas ye cik adik. Jom tengok cara-cara nak buat scrub percuma ni !

Caranya :

Korang tahu tak uncang teh? Mestilah tahu kan. Haa, uncang teh ni lah kita buat skrub. Caranya, korang ambik hampas teh tu, sental kat muka korang. Senang je. Tapi lebih elok kalau korang rendam dengan air suam dulu uncang teh tu. Lepas tu, korang amik hampas teh dan sental ke muka korang. Dah letih sental, boleh cuci muka dengan air bersih. Senang kan? Try lah, rs fresh sangat. Takyah pergi facial dah. 

Satu lagi cara nak share kat korang. Dengan oat pun boleh buat scrub tau. Segenggam oat then campur dengan air. Lepas tu korang gosoklah muka dengan lembut dan basuh dengan air. Simple je kan. Rajin dengan malas je kan. So, ayuhlah kita sama-sama rajin dari sekarang!

Ops. Lupa nak bagitau. Uncang teh tu pn boleh guna untuk masalah eyebag. Sebelum tido, letak atas mata. Nak tengok effect dia terus macam magic, memang tak la kan. Kena selalu buat. Kena rajin. Insyaallah menjadi. 




Selamat mencuba semua ! 


A sister is a friend forever

Assalamualaikum.

Entri kali ni nak sembang pasal kakak. Sape ada kakak? Angkat kening semua. Best tak ada kakak? Mesti banyak jawapannya kan. Tapi sape yang takde kakak mesti tak pernah RASA ni. Nak dijadikan cite, dulu atin tak rapat pun dengan kakak atin. Sebab dia jarang kat rumah. Hidup dia dengan hostel je. Dari dia sekolah menengah sampai universiti. Kakak atin ni agak pendiam la. Pelik sikit la dia ni. Kadang-kadang pernah ada rasa tak suka kakak sendiri. *jahat gila adik ni*. Hehe. Betul, atin sendiri pun tak faham dengan kakak atin. Kitaorang rapat sejak dia kahwin la. Selalu chat kt fb, wall to wall. Fb la buat kitaorang makin rapat. Tapi bila face to face kan, kami tak cakap banyak pun. Cakap benda penting je. Bayangkan duduk satu rumah pun, kitaorg boleh chatting lagi. Nak ajak pergi makan kat dapur je pun. Sweet tak? Haha. 


Dear lovely sister, Wan Zulfariza.
It's you whom I love and always will.
You're always be my friend forever.


Baru tahu, best sebenarnya ada kakak ni. Untung pun ada. Tapi kan best dari kecik mcmni. Ni dah besar baru nak rapat. Tapi takpe, kire ok la dari renggang kan. Apepun masalah, nak mengadu ke apa, leh refer dia. Tapi yang uniknya, kat  fb je la tempat kitaorg sembang. Nak sembang depan-depan? Malu rasanya. Mesti korang pelik kan? Haha. Gedik nak buat entri ni sebab rasa bangga ada kakak macam awak. Akhirnya, dapat jugak rasa kasih seorang kakak yang sudah lama tunggu dari dulu lagi. Sekali sekala nak blues monday dengan kakak apa salahnya. Hehe.


#Best tak kalau ada kakak ipar sebaya dengan anda? *Killer question nih* Hee. :p


Dulu lawan, kini kawan

Assalamualaikum.

Dulu benci, sekarang dah jadi kawan? Ehem ehem. Dulu gaduh, sekarang dah baik. Ehem lagi sekali. Ape ni cik tin. Haa, malas nak panjangkan cite. Sebab benda dah lama. Okay, semua ni terjadi sebab emosi dan ego. Mungkin juga sikit salah faham. Mungkin juga dari mulut orang. Lebih-lebih lagi benda yang paling sensitif. So tak dapat nak kawal. Benda tu jadi satu perbalahan. Bukan isu sape menang sape kalah. Bukan isu sape dapat ke tak dapat. Tidak sama sekali. Niat nak gaduh tidak sama sekali, cuma EGO yang jadi raja dalam diri. Apepun masalah, jalan terbaik ialah slow talk. Yes. Ia amat berkesan. 

*takde gambar la nak show off ! Hehe

Sape kata kami tak boleh kawan? Dulu main jeling je kot. Langsung tak senyum. Lawak bila ingat balik karenah kami berdua. So benda ni lost begitu saja sampai satu tahap atin rasa tak selesa. Tak selesa masam muka bila t'serempak. Tak selesa sesama perempuan. Atin nekad nak settle dengan cara elok jugak, bukan ending dengan bermusuhan. Mungkin masing-masing ada silapnya jugak, kita pun tak boleh rasa apa yang orang rasa, dan orang lain pun mungkin tak boleh rasa apa yang kita rasa. So sebab tu atin cakap dengan slow talk is the best way. Masa slow talk tu lah, kita tahu macam mane keadaan sebenarnya. Sebab dua belah pihak akan b'kongsi rasa. Mungkin lepas ni makin banyak spekulasi orang terhadap atin. Itu hak korang nak mengata bagai. Yang penting, saya taknak jadi lawan. Saya nak kawan. 


*For M, atin mintak maaf dengan apa yang awak rasa dengan atin selama ni,  jelingan dan semua la benda yang awak tak senang dengan atin. Statement berani mati ni. Hehe. Seriously, atin rasa lega gila vavi lepas kita slow talk. Rasa tenang bila kita boleh senyum macam ni. Rasa cool gila leh kawan dengan awak. Sorry haritu takdapat nak jumpa mcm kita decide. Kalau tak, leh show off gambar kat atas tu. Hehe. -.-


Ada baiknya kita buat baik dengan semua orang. Biarkan orang yang tak suka dengan kita. Jangan cepat melatah. Memang nampak remeh, tapi kesannya sangat besar. Tapi ingat, buat baik b'pada-pada. Buat jahat jangan sekali. Cewitttt. <3


#Saya takut jadi mangsa musuh dalam selimut orang la. Macam ragam manusia sekarang. Hati-hati kawan. :)



COPYRIGHT@WZFATINAIMANWZ