Enjoy using Digi !

Assalamualaikum.

Gotcha everyone! Hari ni hari paling bosan yang amat. Time ni la nak rajin post entri mengarut bagai. Biar la. Biar la. Biar la. Berapa kali banyak biar tah. Dah tahu bosan, ginila rupanya. Haha. Maaf ya dong. Entri kali ni nak promote digi pulak. Haa, jomla pakai digi ramai-ramai. Tak rugi pakai digi tau. Sesuai beno lah untuk mereka yang sedang b'cinta. Sebabnya selalu banyak habiskan duit dengan beli topup je kan. Belum sempat habis tamat tempoh, topup lagi. Kalau digi, bila tamat tempoh baru kena topup balik. Bila kita guna digi ni kan, no yang kita aktif untuk buddyz tu kan free dari 12am-6pm. Ulang sekali lagi, free okay. Gayut la kau nyahhh sampai lebam. Nak gaduh bagai. Suka hati korangla. Kredit korang sikit pun tak jalan. Kecuali korang guna no selain dari buddyz korang tu. Bukan setakat call je free, sms pun free. Dulu nak gayut tunggu birthday je baru dapat free. Ni hari-hari dapat gayut lelama. Jimat pun jimat. Berbaloi gila. Mcm pakai line dah. Mana mampu nak pakai line bagai, pakai ni sudah. Sama je. Bezanya 6pm-12am baru dia tolak kredit.Tapi lagi jimat bila korang private dengan bf korang je no tu. Kalau guna 1 no untuk contact semua orang, mahal la kot. Sebab atin sendiri pun pakai dua sim. Satu digi. Satu lagi celcom. Senang. Kalau nak beli sim digi ni jangan salah pilih tau. Beli Digi Easy Prepaid ye. 


Kalau rajin pergi SINI kalau nak tengok lebih lanjut. Takreti jugak nak promote lebih-lebih ni. Hehe.

Selain prepaid. Atin pakai broadband digi jugak. Kat tempat atin ni susah betul nak cari digi centre. Memang takde. Ada tapi jauh. Nak terminate broadband pun susah. Broadband digi pun okay jugak, tapi kat tempat atin harem nak dapat line. Nasib baik kat rumah ada wifi. Dulu masa praktikal Shah Alam, line digi laju gila wooo macam pakai wifi dah. Sejak duduk rumah ni, memang takla nak guna broadband dah. Sekarang padan muka sendiri kena bayar bil t'tunggak. Memang banyak la jawabnya sebab payah sungguh nak pergi terminate. Minggu depan la jawabnya. Minggu depan dah nak membawa diri dah. Kalau tempat kerja baru sana dah ada wifi, malas nak guna broadband dah. Hoho. Dah banyak benda mengarut/merapu dah ni. Layankan aje la ye. Haha. Terima kasih sudi baca entri yang kononnya seorang promoter digi yang setia/poyo ni. Haha. Bertemu kita di lain hari, lain waktu, lain masa pulak ye. Bye.


#Putrajaya, wait for me. :)


No comments:

COPYRIGHT@WZFATINAIMANWZ