Bila cakap pasal kahwin awal

Assalamualaikum.

Sejak kebelakangan ni, entri nak jiwang plus miang je cik tin kite ni. Hehe. Tengok tengok, post title nak gatal je. Kawin oiiiii. Sape taknak kawin? Tipulah taknak kan. mestilaaa nak! Kalau boleh, sekarang jugak nak kawin. *gatal lagi. Tapi kenapa sekarang ramai yang mempertikaikan bila ada anak muda kahwin awal? Kenapa? Salah ke? Kalau nak kahwin, kena ada puluh ribu baru boleh kahwin? Macam tu ke? Ishh, zaman sekarang lebih pada adat pulak kan. Tak tengok dari segi agama. Bak kata Ustaz Azhar, berkahwin pada usia muda adalah suatu niat suci yang tak perlu diberi alasan untuk mengelakkan diri daripadanya. Ia sudah menjadi tuntutan agama, yang mana digalakkan Nabi SAW sejak dahulu lagi. Malah dianggap ibadah, macam amalan-amalan lain. Terbaikkk ah! Thumbs up sikit Ustaz! Hehe. 

Sesungguhnya Islam itu sangat mudah dan sederhana. Tapi kenapa masih ada segelintir masih mempertingkaikan kebaikan kahwin awal ni? Mungkin dengan berkahwin, kita dapat membaiki diri sendiri serta ada rasa tanggungjawab yang tinggi. Asal serius sangat ni atin? Hehe. Okay, mungkin niat kita dah ada, tapi ada banyak halangan kan? Betul tak? Mungkin yang dah habis belajar, belum mempunyai kewangan yang stabil untuk mendirikan rumah tangga. Yes, itu memang salah satu faktor halangan atin sekarang! Hikhik. Kita nak kahwin bukan sehari je kan, nak pikir jugak selepas kahwin. Cabaran selepas kahwin tu lagi penting. Jom kita tengok persoalan yang biasa bermain di fikiran orang yang nak kahwin awal ni. Hihihi. Jom jom.

Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Akad nikah dan walimatul urus kan. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, kan dah jimat. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Guna apa yang perlu sahaja. Kalau nak pelamin, boleh. Sekadar untuk amik gambar buat kenangan. Bukan bersanding. Bagi atin, benda-benda lain tak perlu la sebab termasuk dalam hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tak perlu tinggi sebab sebaik-baik mahar adalah yang paling rendah. Mudah saja perkahwinan dalam Islam. Tak sampai puluh ribu pun.

Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatlan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembah maksiat. *sangat SETUJU*

Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah kita solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawabkah kita? Adakah kita ni jenis panas baran atau penyabar? Adakah kita seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah paling bersedia sebenarnya. *Speechless*

Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat serta pemikiran risau akan tak cukup wang sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan menerima setiap alasan yang diberikan seperti di atas. Apepun, kita hanya mampu berdoa dan usaha untuk kita-kita yang mahu kahwin awal ni supaya cepat bertemu jodoh. Bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah pintu rezeki untuknya. *SENYUM JE*

Sape yang takut nk bagitau kt parent nak kahwin, cuba baca ni depan diorang. 

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata : "Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka." (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Agak-agak ape respon parent lepas korang bace? Hehe.

Fikir masak-masak dulu nak kahwin awal. Kena betul-betul bersedia.

Tanya dada, tanya iman. =)

Bye bye !


P/s : I WILL BE YOUR BRIDE SOMEDAY :)

3 comments:

yasminrosalan said...

atin dah boleh kawin dah ni. huahuahuaa :P

yasminrosalan said...

bytheway, nice entry dear! :D

wzfatinaimanwz said...

min : mmg nk kawin punnn. *gatal. haha.

COPYRIGHT@WZFATINAIMANWZ