Jangan tanya boleh?

Assalamualaikum.

Boleh tak jangan tanya? Atau disebut di tranung, boleh dokkkk benggg tanye gitu? Haha. Okay, isu hari ni mengenai pertanyaan yang bikin orang kurang selesa. 

Antaranya : 

1. Kenapa kurus sangat ni? Tak cukup makan ke? Putus cinta ke?
Situasi ni bikin orang panasss. Hilang mood nak makan sehari semalam. Haha. Yela, baru masuk rumah nak beraya, soalan tu terus ditanya. Hohoiiiii. Jagala hati orang sikit. Takyah nk loudspeaker. Slow dah la. Kurus salah, gemuk salah. Manusia manusia. 

2. Kenapa gemuk sangat ni? Terlebih makan ke? Ke makan hati?
Ni lagi sentap. Tak pasal nak terjah terus tanya soalan ni. Kau tanya macam kau tu dah perfect sangat kan. Cuba tukar soalan tu ala-ala manje sikit. Ni terus terjah. Orang lain pun ada perasaan jugak. Mungkin kita terus terjah gitu, dia akan rasa rendah diri. Rasa dihina. Malu nak b'hadapan dengan orang lain. Tak rasa b'salah buat orang macam tu?

3. Kenapa banyak sangat jerawat ni? Kau tak jaga ke? Hormon apa kau ni?
Amboi amboi. Mentang-mentang muka kau licin macam tomato. Sodap je tanya macam tu eh. Bukan dia mintak pun jadi mcm tu. Agak-agak sikit tanya cik adik oi. Apa kata kau suggest produk yang kau pakai ke kat dia, sejuk sikit hati dia. 

4. Kenapa kau pakai baju kurung? Bukan nak pergi kenduri ni. Nak pergi shopping ni der. Kampung betul!
Grrrr. Yang ni memang takde adab! Suka hati la nak pakai apepun. Biarlah dia nak pakai apa pun. Bukan dia paksa kau pakai baju kurung pun. Sibuk betul orang macam ni. Dah dia nak pakai baju kurung, biarlah. Ayu lagi. Tak salah kan. Kau sibuk je. Kau pakai baju kau dahla. Sibuk nak ukur baju orang. 

Tu je la kot soalan yang merimaskan atin dengar setakat ni.  

Cuba tanya atin soalan ni. atin suka! Haha.
 *Bila nak kawen ni atin? Haha. Jawapan dia, secepat mungkin! *gatal

Orang banyak tanya buat kita stress jugak bukan?

Kadang-kadang benda kita nak tanya benda tu simple je, tapi dalam kita tak sedar, kita dah kecilkan hati orang. Maaf dipinta kalau atin pun ada benda yang atin tanye t'guris mane-mane pihak. So, hati-hati dalam b'tanya. Tengok kiri kanan dulu. Buat muka comel dulu eh. Hehe.

Apa lagi soalan yang korang tak selesa bila ditanya? Share dgn atin jom!

#sini kaunter pertanyaan, ada apa saya boleh bantu? Hehe

3 comments:

a n a b e l l a said...

pecaye x, ana ta suke org tnye, ko dgn epit lg? haha

atyyah amran said...

jerawat tu ! haha . tya pun same an ana kowt . soalan mengundang tuu :P

wzfatinaimanwz said...

ana & tya : eh eh. t'tgl soalan lagi satu rupenye. same ah kite. ptt la rs mcm ade t'tgl. mcm ape je tanya mcm tu kan.

COPYRIGHT@WZFATINAIMANWZ