Ya Allah...

Salam kawan-kawan.
Aku nak share something kat korang. 
Semalam aku ade chatting kat FB dgn membe aku, Mira. 
Ktorang ada sembang pasal kejadian ribut kuat yang berlaku beberapa minit di Kuala Terengganu baru-baru ni. Itu baru beberapa minit, kalau 1 jam? Subhanallah. Mungkin dah ramai tahu pasal ni, tapi aku nak share jugakk. Serius aku takut. Kejadian itu berlaku seolah-olah memberi sesuatu amaran kepada kita. Allahualam.
 Tengoklah video ni.


Teruk jugak kan dalam masa 5 minit. Banyak jugak harta benda yang rosak. Pokok banyak tumbang. Bayangkan dalam masa 5 minit sahaja. Subhanallah.
Syukur, tiada yang terkorban. hanya cedera ringan. 
Kebetulan masa tu ada perlawanan bola kt stadium antara Negeri Sembilan vs Terengganu. Perlawanan ditunda buat seketika. Dahla siaran langsung. Lepas hujan dah reda, perlawanan diteruskan. Padang dipenuhi dengan takungan air. So agak susah la player nak main. Licin dan bola pun dah tak boleh nak bergolek sangat. Player pun asyik jatuh je. Siap bergaduh lagi. Ada je benda yang tak kena. Adab la tu kan. Ni ape aku merepek pasal bola pulak ni. Hehe. 

Bumi dah semakin tua. Hanya Dia tahu segala-galanya.
Kita hanya merancang, Allah tentukan.
Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali.
Apa yang berlaku, jadikan pengajaran buat kita semua.
Muhasabah diri. Renung-renungkan dan selamat beramal :)

2 comments:

nurulnazihah said...

hello si cantik, si comel :D saya baru je sampai sini :D

wzfatinaimanwz said...

eh si jelita ! :)

COPYRIGHT@WZFATINAIMANWZ