Jom main masak-masak !

Fuhhhh. 
Sekarang dah pandai nak cuba masak tu, masak ni. Dulu malas bukan main. Takut nak mencuba. Makan nak kena orang suap je. Bila nak pandai kan. Baru atin tahu masak ni best sangat. Boleh release tension. Bila kita masak untuk orang, orang yang makan masakan kita tu makan b'sungguh-sungguh. Apa korang rasa? Excited kan? Siap tambah lagi. Puji lagi. Puas hatikan? Rasa puas hati tu tak dapat digambarkan. Apatah lagi orang tengah lapar, makan apa yang kita masak, even tak sedap, dapat kenyangkan perut dia jugak kan? Hahaha. Janji kenyang. Zaman sekarang, tiada alasan tak pandai memasak, Takde duit nak beli buku resepi? Search google sudahla cik adik oi. Sekarang semua di hujung jari. Rasa nak makan apa, resepi apa nak, semua ada. Ikut je step resepi tu, Insyaallah, menjadi. Rajin atau malas je. 


Tadi kawan-kawan atin datang rumah. Kebetulan hari Khamis atin cuti. Boleh la melepak dengan diorang. Semalam lagi dah pikir nk masak ape, ingat nak wat triffle kt diorang. Tapi bahan tak cukup. Balik kerja semalam, nak singgah kedai, tapi malangnya kedai tutup pulakk. Hampeh nk wat triffle. Sampai rumah, selongkar dapur. tengok amende yang ada. Mata nampak mihun. Dalam hati, mihun goreng singapore! Okay, siaplah kau wahai mihun! Hehe. Semangat. Esok hari, terus masak! Seronok tau bagi makan kat orang. Selesa sikit nak sembang lama-lama. Paling penting, kepuasan diri bila memasak ! 
*tak sempat nak amik gambar*


Sape cakap atin tak pandai buat kek? Nak dijadikan cite, kononnya nak beli kek mahal untuk S sempena anniversary kitorang. Tapi takde duit. Apa lagi, selongkar dapur. Cukup bahan. Cari resepi. Jadi ke tak jadi. Tolak tepi dulu. Yakin seyakinnya. Tup tup dah siapppp. Hasilnya, ginila rupanyeee. Spttnya bulat, disebabkan mama atin jeles, t'paksa potong separuh. Separuh ni untuk S. Hias jadi la mcmni. Jangan pandang pada rupa ye. Tahu la tak cantik. Hanya orang yang makan kek ni je tahu rasanya. Orang buat kek ni 3 hari senyum macam orang gila. Haha. Start dari wat kek ni la, baru rasa ada aura rajin nak cuba tu, cuba ni. Buat sendiri lagi b'baloi oi oi. Air tangan sendiri lagi mahal dari Secret Recipe. Puiii. Hehehe. 
So kaum hawa sekalian, ayuhla kita rajin ke dapur!
 Cuba dulu, baru tahu. 
:)

Bye bye !
Keep in touch !
*winking*

p/s : bahasakan diri 'atin' dlm entri ni. mcm comel je. Hehe. :p

6 comments:

Nu_Izz said...

bila nak bg zaty rase lak masakan aten . hahaha

wzfatinaimanwz said...

dtgla ganu. order je nak ape. :p

NINI said...

ecececehh. nini pon dop pandai buat kek gitu. hehe :P

wzfatinaimanwz said...

ye dop? bukan nini pakar ke bab2 masak ni? hehe

Rie Hashim said...

mmg sedap pown hingga menjilat jari..hehehe
thanks a lot dear for that delicious and most precious cake..:)

wzfatinaimanwz said...

wah wah. awak komen blog ite! my plesure sayang!

Hehehe. I love you !

COPYRIGHT@WZFATINAIMANWZ