5 punca utama kenapa wanita menangis

Dear ladies blogger,
Malam ni nak share pasal kenapa wanita menangis. hehe. Kenapa kita mudah menangis? Sape yang sedih malam ni, jangan nangis eh. Tengok Runningman, pasti anda terbahak-bahak. Hahaha. Okay, jom tengok 5 punca utama kenapa wanita menangis. Ini pun aku amik dari website top5reason. Hehe. 
Nak share kt anda semua punya pasal.
*Jeng jeng jeng*

Hormon - Hormon wanita lebih mudah berada di dalam keadaan yang tidak stabil terutamanya apabila mereka datang bulan. Tekanan sebelum ini biasa untuk mereka, akan menjadi tekanan besar yang mampu untuk membuatkan mereka menangis. Ramai wanita yang bersetuju menyatakan mereka lebih kerap menangis ketika datang bulan. Elakkan daripada memberi sebarang tekanan kerana mereka akan menjadi sensitif.

Manipulasi - Adakah anda perasan bahawa kebanyakan wanita yakin bahawa lelaki lemah terhadap air mata wanita. Pemikiran seperti ini telah diterapkan sejak dari dulu lagi dan menyebabkan ada sesetengah wanita menyalahgunakannya untuk memanipulasi sesuatu keadaan itu. Mereka juga yakin bahawa seorang lelaki sanggup melakukan apa saja hanya untuk memberhentikan tangisan air mata mereka. Ianya memang sukar untuk dinafikan, terutamanya apabila sedang berada di dalam situasi, tetapi lama- kelamaan segala niat yang tersembunyi pasti terbongkar.

Luahan emosi yang ikhlas - Tidak semua wanita menangis kerana hendak memanipulasi anda, ia hanya segelintir sahaja. Lebih ramai wanita menangis kerana luahan emosi yang ikhlas. Pemikiran wanita lebih mudah dipengaruhi oleh emosi berbanding pertimbangan. Mereka secara automatik akan mengekspresikan sesuatu tindakan itu mengikut emosi yang sedang mereka lalui, berbanding lelaki yang cuba mengawal tindakan mereka supaya tidak terikut dengan rentak emosi mereka sendiri. Ini adalah perbezaan ketara antara lekai dan wanita. Seseorang lelaki lebih mementingkan pertimbangan.

Memori - Wanita merupakan makhluk ciptaan yang mempunyai pemikiran yang paling kompleks di atas muka bumi ini. Mungkin ketika anda bergembira dan secra tiba-tiba sahaja mereka mampu untuk mengingati setiap detik kehidupan yang mereka lalui berbanding lelaki. Kebolehan memori mereka untuk mengingat kenangan dalam jangka masa yang panjang membuatkan mereka sering untuk muhasabah diri sendiri.

Kemarahan - Tidak sama seperti lelaki, wanita lebih cenderung untuk meluahkan kemarahan mereka melalui tangisan. Ia merupakan sifat semulajadi seorang yang bergelar wanita. Terutama apabila anda melakukan sesuatu perkara yang mereka tidak suka. Dan majoriti wanita bersetuju bahawa sekiranya mereka meluahkan kemarahan melalui tangisan, mereka akan berasa lebih tenang selepas itu. Ia juga dianggap salah satu alternatif terbaik untuk meluahkan perasaan wanita.

Ehem, betul kan? Kan? Semua punca di atas, semuanya betul. Aku setuju. Paling setuju sekali bab hormon. Yeah. Memang betul pn. Cari pasal di bulan kemerah-merahan memang wajib. Haha. Emosi memang tak stabil waktu tu. Dalam sedar tak sedar. Kan? Nangis tak tentu pasal. Ada je benda yang tak kena. Sape yang tengah dilamun cinta tu, korang bagi 5 punca ni kat pakwe korang tu, biar pakwe korang faham sikit. Sikit pun jadilah dari tak faham langsung. Kita ni sensitif. Bila sensitif, menangis. Bila menangis, hingus meneleh. Bila meneleh, nakkan perhatian dari tersayang laaa. Tu je sebenarnya. Haha. Hakikatnya, wanita memang manja. Sentiasa perlukan perhatian.

*sebenarnya, aku yang tak brape nk betul ni. Kejap lagi, nangis la ni*

p/s : credit to www.top5reason.com :)

  

No comments:

COPYRIGHT@WZFATINAIMANWZ