Kerja

Assalamualaikum. 

Hello everyone! Sihat ke yang sudi singgah blog mcm apam polka dot ni? Haha. Sebenarnya, tengah tension pasal kerja ni.  Aritu aku ade update pasal aku dapat kerja tu kan. Memangla seronok dapat kerja. Berangan konon lepas ni berisi la sikit purse aku tu. Ada beberapa benda yang aku tak berapa nak selesa sekarang. Dan kadang-kadang aku rs menyampah pun ada. Aku dah mula muak dengan kerja aku sekarang. Bukan tak reti nak bersyukur. Aku takde masalah dengan student aku. Semua baik-baik. Aku ajar dengan penuh kasih sayang tau. Dan serius aku sayang dengan student aku kat sini. Tapi yang bermasalah sekarang, bos aku! Bos aku ni lelaki dan sudah berkahwin! Masa inteviu, memang aku salute ah dengan dia. Hormat cara dia kongsi pengalaman dia dengan aku. Tapi, lama-lama aku perasan bos aku ni  mcm kaki sembang! Apa yang disembang aku rasa takde kaitan dengan tuition centre dia tuh! Aku rasa lebih baik dia tunjuk ajar kat aku benda yang sepatutnya aku kena buat. Ni semua benda dlm kepala otak aku. Aku risau dia nak ambik kesempatan memandangkan aku ni tak byk pengalaman kerja. Paling aku geli gelemangggg, dah tunjuk perangai gatal dia. Dan benda yang aku tak puas hati skrg, student aku dah mula mengadu benda yang aku tak sedap dengar. Antaranya, cikgu sebelum ni tak dapat gaji, ustaz tu gatal, ustaz tu bla bla bla bla. Hmmmm. *ustaz tu gelaran student aku panggil bos aku*. Aku dah mula risau, tak dapat gaji memang aku mengamuk ah. Agak ah, aku nk kumpul duit nak pergi kuis bulan depan ni der! Satu sen aku takde. Gaji dari kau je aku harapkan. Kalau nak tuition kau maju ke hadapan, buatlah elok-elok. Pikir la sikit parent bayar yuran tuition tu dengan harapan nak anak mereka bijak pandai. Jangan nak main lepas tangan je. Aku ni baru lagi. Modul student kalau habis, kenalah ambik tahu. Takkan semua benda nak aku yang buat. Aku bukan pengurus dan bukan jugak kerani. Kerja aku mengajar je. Kalau nak aku keje 3 in 1 sekaligus, baik kau bagi je tuition centre kau tuh kt aku. Kau senang2 dapat untung, tak fair la kan. *aku bising mcm bos aku bace pulak blog ni*. Lantak ah, mane tau dia bace. Senang la nanti dia nak pecat aku. Bile pikir balik, baik aku buat home tuition je. Takyah nak pening kepala. Aku nak tengok bulan ni dapat ke tak gajinya. Tak dapat, aku memang nak chow! Sape tak marah bila jadi mcmni kan. Risau tu mesti ada. Takut orang amik mudah je dengan kita. Orang zaman sekarang dah tak boleh nak percaya sangat kan? Apa yang aku harapkan, aku harus b'tahan, sabar dan amik benda ni sebagai ujian dariNya. 

p/s : kalau korang berada di tempat aku, apa korang rasa? 

2 comments:

Wawa said...

hehe. sabar sabar. tapi kalau xdpt gaji, memang tak payah sabar lagi dah. cabut je lah ! eww, bos gatal memang menggelikan :(

wzfatinaimanwz said...

tau takpe. dah ilang rasa hormat.

COPYRIGHT@WZFATINAIMANWZ