Work Life

Assalamualaikum.

Hello there. Hari ke hari nak update. Tangguh lagi. Esok tangguh lagi. Lusa tangguh lagi. So, hari ni tulat rajinkan jugak nak update. *bajet blogger femes*. Sila 'haktuihhhhhh' sekarang. Haha. Okay, stop it. Pejam celik pejam celik, dah sebulan kerja kat tempat baru ni. Yang mana kita kerja sebagai guru tadika je pun. Nak kelasssss sikit bunyi, teacher kindergarten je punnn. Hoiiiiii, cikgu tadika pun nak dip/degree tau sekarang. So, jangan nak pandang rendah sangat kat cikgu tadika ni.


Haaa, ni la tadika tu, Laman Cerdik, Presint 11, Putrajaya. Private kindergarten. Actually, ada banyak branch dia. Tapi, Laman Cerdik Presint 11 ni la yang paling t'tua sekali. Nak masuk 8 tahun tak silap. Students ramai la jugak. Nak dekat 200 students jugak la.  Kelas pun banyak. Teachers dalam 10 orang. Soooo far kerja kat sini, totally best gilak! Memang sempoi kerja kat sini. Seniors kat sini dari buka tadika ni lagi kerja kat sini, dari tak kahwin sampai kahwin kerja lagi. Nampak sangat diorang selesa kerja kat sini kan. Memandangkan kita masih lagi bujang kat sini, tempat tinggal & makan provided. Ada bibik lagi. Best bukan? Paling best, makan tak kira masa. Rasa nak makan, makan je. Amik jeeee. Bahagia hidup wehhh. Memang saving gila. Takde duit pun boleh kerja, tunggu gaji masyukkkk je.



Kat sini, kita pegang kelas budak 5 tahun. 5 Ixora. Seramai 17 orang. Kira dah padat seramai ni. Sebab? Ingat senang nak handle budak sebesar ni? Ohoiiiii, kesabaran kena bombastik bukan maksimum je. Hoho. Nasib baik budak kelas kita takde masalah sangat. Setakat ni okay je. Kita rasa lagi fun la dari budak sekolah. Hihi. Diorang ni macam baby sangat. Comel comel je. Nak marah pun tak jadi. Kebetulan this year ramai birthday date bulan 11, 12 mcm tu, lagi la baby diorang ni.


Ni salah satu budak yang baby sangat. Manja dia ni boleh buat teacher dia cairrrrr. Hihihi. Hai, saya Airiel Zafran. Airiel kelas 5 Ixora. Teacher Airiel nama Fatin. Airiel sayang teacher. Hahaha. Dahla mengarut. Tak kisah la, selagi okay kat sini, selagi tu lah kita kat sini dengan anak-anak kesayangan ni. Doakan kita cepat kawin ye rerakan sekalian. Ketemu lagi kita di lain entri. Bye bye :D


3 comments:

iZyAn cOmEy said...

ramai nye anak dye .. memang bombastik la kalo anak 17 orang .. ahaha XD

Fiza Nurani said...

Hi teacher, anak-anak semua comel belakee :)

Unknown said...

salam, hi teacher, bleh tak bagi skit info pasal nie..anak saya 4 thn pada thn depan..jadi nak tahu pakej belajar yang ditawarkan beserta dengan yurannya..tq

COPYRIGHT@WZFATINAIMANWZ