Kisah Mereka ♥

Assalamualaikum.

Tatkala kesedihan/frust melanda disebabkan oleh orang yang tak bertanggungjawab, namun blog tidak dapat kulupakan. Hihi. *MENGARUT. Ni semua alasan nak panjangkan ayat. Begini lah gaya alasanku ketika menulis karangan sekolah dulu. Banyak mengarut dari memberi alasan yang kukuh berkaitan dengan tajuk. 

Ketika ini jugak, kerinduan pada kehidupan di kuis hadir membuak-buak sekali. Rindu pada mereka. Mereka yang selalu ada. Buka folder suprise from them, rasa nak share kat sini pulak. Sebelum kita pergi praktikum tahun lepas, mereka ada buat suprise untuk kita dengan Abang Obi kita ! Kononnya la kami dulu yang nak blaa dari kuis tu dulu. Seriussss terharuuu. Nak suprise bagai. Gigih betul mereka. Plan nak keluar pergi makan je, sampai kat kedai, gelagat nak suprisekan kami berdua bukan main lagi membutakan mata kami. Qila sibuk suruh Sayed amikkan dslr Wafa dalam kete, rupa-rupanya ini yang dia bawakkan!


Macam apa je masa ni. Birthday sape pulak ni. Siap kek dengan hadiah bagai. Dah blurrr. Dalam duk blur tu, buat faham je la. Bila baca special card tu, baru la faham. Ye, memang untuk kami. Tahan nak menangis je masa tu. Bila dah baca, bukak hadiah pulak, dapat tabung. Motif tabung? Suruh kami berdua simpan duit sampai penuh tabung ni. Bila dah kawen, pecahkan tabung ni. Alahaiii, kenapa la comel sangat mereka ni. 



Gigih bukak hadiah, gigih makan kek pulak. Dah siap makan, wafa pulak yang bawakkan laptop. Adehh, amende la lagi ni. Wafa playkan satu video dengan lagu sahabat. Memang tacing. Video tu takleh nak share, sebab mix dengan gambar free hair. Saat itu jugak, semua nak menangis. Meleleh macam ape dah, takboleh tahan wehhh. Cuma Abang Obi, Sayed dengan Mim je yang tak tengok video tu. 



Tu je la kisah mereka dengan kita yang kita nak kongsi. Ni trick dalam nak buat penutupan karangan. Haha. Hargailah kawan yang selalu ada ketika susah dan senang. Bila sekali anda amik kesempatan dengan kebaikan mereka, musnah begitu saja. Jangan sampai bercinta, kawan dilupakan. Begitu juga dengan family. Mereka sangat berharga. Tanpa mereka, siapalah kita. So, hargailah mereka yang berada disekeliling anda.

Friendship improves happiness and abates misery, by the doubling of our joy and the dividing of our grief.  -Morcus Tulluis Cierce-



#Buatlah taik dengan orang, nanti kau sendiri yang makan taik tuh! 

COPYRIGHT@WZFATINAIMANWZ