Madu



Awak sebelah saya. Saya sebelah awak. Awak yang banyak berjasa. Saya suka susahkan awak. Awak selalu teman dia time saya takde. Dari jauh awak selalu datang jumpa saya. Awak mesti penat kan. Saya marah kalau ada yang buat jahat/khianat awak. Sebab awak hak milik kesayangan suami saya juga. Saya badmood kalau awak spoilkan mood dia. Saya kurang pasti apa jenis jantina awak sebenarnya. Sekali tengok macam comel. Sekali pandang macam hensem. Awak nampak hensem bila dia yang membawa awak ke sana ke sini. Awak nampak comel bila saya ada sekali dengan awak. Hihi. Lagi menawan bila saya yang membawa awak ke sana ke mari. Awak tak kisah pun saya main kaki je dengan awak selalu. Kadang-kadang kami selalu gaduh sebab awak. Dia selalu kasar dengan awak bila dia marah. Sorry eh awak. Dia tak sengaja. Kan dia pandai pujuk awak. Selalu dia mandikan awak kan. Jeles saya tau tak. Saya takut awak kecik hati sebab dia selalu manjakan saya lebih sikit dari awak. Hikhik. Sebab awak, kami banyak kenangan. Kenangan manis serta kenangan pahit. Hoho. Kenangan yang membawa kami semakin matang dalam segala hal. Kenangan tu juga memberi kami erti kebahagiaan mahupun erti kesusahan. Kerana dia, saya sanggup b'madu dengan awak. Minggu depan, kita nak mandikan awak dengan nak bagi hadiah spesel untuk awak. Tuan punya mesti excited lebih. Tunggu eh. 

Terima kasih,  Madu. :D

#Maaf, entri mengarut. 


COPYRIGHT@WZFATINAIMANWZ