AL-FATIHAH

tok. tin rindu nk peluk cium tok gini lagi. :(
tok,
tin rs lain bila tok xdop raye thn ni.
tin rindu tok panggil name tin.
rindu nk peluk cium tok. rindu nk dengor cerita2 tok.
boleh dikatakan, tin rindu semua kenangan b'sama tok dari tin kecik sapa tin besor.

i'm always miss you, Syarifah bt Said.
T_______________T

*pagi esok solat subuh kt surau pusara arwah, ziarah pusara, & solat raya*

Al-fatihah.


YA ALLAH, NAIKKANLAH DARJATNYA DI ANTARA ORANG-ORANG YANG MENDAPAT HIDAYAH, DAN LINDUNGILAH KELUARGA DAN KETURUNANNYA YANG MASIH HIDUP. AMPUNILAH DIA DAN KAMI, WAHAI TUHAN SEKELIAN ALAM, LUASKANLAH KUBUR BAGINYA DAN BERIKANLAH CAHAYA DI DALAMNYA.


AMIN.




p/s : have a great meaningful Aidilfitri people !

MAMA & PAPA

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..
 





p/s : moga kita tidak tergolong dari golongan yang menderhaka.
COPYRIGHT@WZFATINAIMANWZ